CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 10-19 Akhir
Memancing

"Memancing" cara tradisional biasanya menggunakan buluh sebagai bok kail atau joran. Buluh telor dipilih kerana ia panjang dan ringan. Buluh tua diambil dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum ianya digunakan.

Biasanya penduduk kampung akan "memancing" pada musim selepas menanam padi di sawah-sawah, alor, sungai-sungai kecil dan sebagainya.

"Memancing" cara tradisional ini agak unik sedikit, semasa memancing ikan dipanggil memakan umpan dengan cara mengetuk hujung joran di air atau membunyikan dengan mulut. Adakalanya sebelum memancing pokok padi diselak dan ditaruh "kujam" atau umpan dengan cara mengempal tanah yang digumpal dengan dedak.

Mata kail diuncat ke dalam air. Tali kail akan tegang apabila ikan memakan umpan. Bok kail perlu disentak dengan cepat ke atas. Hasilnya kepuasan dan ikan yang dapat.

Umpan yang digunakan semasa "memancing" ialah anak belalang, anak kerengga, anak tebuan, anak-anak ikan haruan dan lain-lain. Sebelum dijadikan umpan, anak kerengga atau anak tebuan diperap dengan asam gelugor berserta garam untuk jadikan ia liat dan tidak busuk lantas menjadikan ia mudah untuk dicucuk ke mata kail. Umpan ini adalah kegemaran ikan puyu dan keli.

     
 

Mengail

 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024