CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Sistem Pendidikan Pondok
Mula 10-12 Akhir
Haji Abdullah Abbas Nasution

Haji Abdullah Abbas Nasution lahir di Langgar, Alor Star, Kedah pada 1 Mac 1912. Pada tahun 1928, beliau meneruskan pengajiannya di Pondok Tok Kenali di Kota Bharu, Kelantan dan kemudian berpindah belajar di Maahad Muhammadi, Kota Bharu hingga tahun 1936. Akhir sekali, beliau belajar di pondok Ahmadiyah Bunut Payong, Kota Bharu pada tahun 1937 hingga tahun 1940. Selepas itu, beliau kembali ke sekolah pondok di Pulau Pisang, Jitra sebagai guru dan kemudiannya berpindah pula ke Pondok Haji Muhsin, Titi Besi, Kepala Batas pada akhir tahun 1940.

Haji Abdullah Abbas Nasution membuka sebuah sekolah perguruan agama yang dikenali sebagai Madrasah Maahad Ehya Al-Ulum Ad-Diniah di Tanjung Pauh, Jitra. Madrasah ini menyediakan matapelajaran Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 1940 hingga tahun 1967, Madrasah Maahad Ehya Al-Ulum Ad-Diniah telah melahirkan kira-kira 4,000 orang murid yang masing-masing diasaskan dengan pendidikan Islam.

Haji Abdullah Abbas Nasution juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Kedah (PUK). Pada peringkat awal penubuhan Persatuan Ulama Kedah (PUK), beliau dianggap sebagai seorang daripada penaja dan orang kuat persatuan itu. Ketika itu, beliau bertugas sebagai mudir di pondok yang dikendalikannya sendiri iaitu Maahad Ehya Al-Ulum Ad-Diniah di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Sebagai tokoh penaja PUK, Haji Abdullah didaftarkan sebagai ahli ke lapan dalam persatuan itu. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Penaja dan seterusnya sebagai Setiausaha Kehormat PUK. Haji Abdullah Abbas Nasution telah kembali ke rahmatullah pada 4 Januari 1987 dalan usia 75 tahun. Perjuangan Haji Abdullah dalam PUK untuk menyatupadukan umat Islam khusus di negeri Kedah adalah satu perjuangan yang meninggalkan kesan positif terhadap perkembangan Islam di seluruh negara. Oleh yang demikian, ia wajar diketahui dan dikenang oleh generasi Islam yang terkemudian.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Sistem Pendidikan Pondok | Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Kadir | Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah | Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh | Muhammad Salleh Bin Haji Hashim | Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah) | Haji Hussain Che Dol | Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek | Haji Yaakob Bin Haji Ahmad | Haji Abdullah Abbas Nasution | Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang | Tuan Haji Muhammad Said Bin Muhammad Taib (Haji Muhammad Said Yan) |
 
 
   
 
 
     
 
     
25 April 2024