CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Sekolah-sekolah Tertua di Kedah
- Sekolah -Sekolah Yang Wujud Selepas Kedatangan Inggeris
Mula 9-12 Akhir
Sekolah Menengah Sultanah Asma

Merupakan sekolah rendah pertama untuk murid perempuan yang dikenali sebagai Kampung Bahru Girl School. Ia didirikan pada tahun 1922 dan ditempatkan di Istana Mak Cik Chempa Chendra, Permaisuri pertama Almarhum Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah yang ke-21, terletak di Kampung Bahru, Alor Setar.

Sekolah ini wujud dengan sokongan daripada Tengku Sulong, Tuan Syed Ahmad Idid, Encik Ismail Putih dan Penguasa Pelajaran Tuan E.A.G. Stuart.

Guru Besar yang pertama ialah Miss C.D. Wadell. Beliau dibantu oleh Cik Intan dan Cik Rahmah. Bilangan penuntut awalnya ialah seramai 30 orang dan jumlah ini meningkat kepada 45 orang pada 1933.

Bagi menampung pelajar yang semakin ramai, sebuah kawasan di perlukan untuk membina sekolah. Kawasan yang terpilih untuk sekolah baru ialah di Jalan Langgar, berhadapan Masjid Derga. Pada 30hb Januari 1954, DYMM Tuanku Ampuan Asma binti Sultan Sulaiman, Sultanah Kedah ketika itu telah meletakkan batu asas sekolah itu dan memberi nama baru untuk sekolah itu iaitu "Sultanah Asma School". Pada tahun yang sama pelajar-pelajar telah berpindah ke situ. Sekolah baru ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 21hb Julai 1957.

Pada mulanya bahagian rendah dan menengah tidak diasingkan. Hanya pada tahun 1959, bahagian rendah dan menengah ini diasingkan. Guru Besar sekolah rendah ialah Puan Z. Fakhrudin dan Guru Besar sekolah menengah ialah Puan Poh Sin Bin.

Sekolah ini telah melahirkan beberapa tokoh terkenal antaranya ialah Cik Salma Ismail iaitu doktor wanita pertama di Tanah Melayu.

Bibliografi
Penghargaan
     
 

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan Sekolah Menengah Sultanah Asma

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada bangunan Sekolah Menengah Sultanah Asma

Gambar ini menunjukkan perletakan batu asas penubuhan Sekolah Menengah Sultanah Asma oleh D.Y.M.M. Sultanah Asma pada 30hb. Januari, 1954

Gambar ini menunjukkan D.Y.M.M. Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merasmikan Sekolah Menengah Sultanah Asma

Gambar ini menunjukkan pelajar-pelajar awal Sekolah Menengah Sultanah Asma bersama guru-guru mereka iaitu dari kiri Che Intan, Che Tom Bt. Dato' Abdul Razak, Che Rahmah dan guru besar Miss Waddell

Gambar ini menunjukkan guru-guru Sekolah Menengah Sultanah Asma bersama ibu dan murid-murid di hadapan sekolah yang diambil sebelum Perang Dunia II

Gambar menunjukkan Datin Dr. Salma Binti Ismail iaitu Wanita Melayu Pertama bergelar doktor adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma
 
     
 
   
 
| Sekolah Perempuan Seberang Perak | Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja | Kolej Sultan Abdul Hamid | Maktab Mahmud Putera & Maktab Mahmud Puteri | Sekolah Melayu Titi Gajah | Sekolah Menengah Keat Hwa | Sekolah Rendah Dato' Wan Muhammad Saman | Sekolah Menengah Ibrahim | Sekolah Menengah Sultanah Asma | Sekolah Kebangsaan Hosba | St. Nicholas Convent | Sekolah Menengah St. Michael |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024