CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 8-25 Akhir
Padi Benih

Pada orang-orang tua yang mengerti lagi berpegang teguh pada adat, benih padi bukanlah daripada sebarang padi. Padinya hendaklah padi yang berbangsa dan berjenis baik. Oleh yang demikian padi tersebut diberi keutamaan dalam membela, mengambil, menyimpan dan sebagainya.

Masa padi sedang masak di padang, ketika itulah petani memerhati mana-mana tempat dalam sawahnya yang padinya lebih elok. Padi di kawasan seluas mengikut anggaran banyaknya benih padi yang dikehendaki itu tidak dikerat atau digiau (mengambil padi cara lama dipotong pendek sedikit daripada mengerat dan panjang sedikit daripada mengetam), melainkan dibiarkan sehingga tangkai padi betul-betul kering. Tangkai tersebutlah menunjukkan padi yang cukup masak. Padi itu diketam dengan renggam (sejenis alat mengetam padi), tidak dengan pisau pengerat biasa seperti sekarang, walaupun umumnya hari ini orang sudah menggantikan "mengetam" dengan "mengerat". Selesai diirik dan diurai seperti lazimnya, padi benih itu dijemur supaya menjadi lebih kering dan hilang langsung air embun yang mungkin membasahinya. Lepas ditampi dimasukkan ke dalam guni atau bakul lalu dibawa kembali ke rumah dan dimasukkan ke dalam jelapang. Tahun kemudiannya bila masa kegunaannya tiba, sekali lagi padi itu ditampi supaya bertambah-tambah baik keadaannya tidak bercampur dengan hampas atau biji-biji padi yang lain. Kemudian barulah padi benih itu direndam untuk di jadikan benih.

Kebanyakan orang sekarang tidak begitu halusi lagi tentang padi benih ini. Itulah mengikut kata orang-orang tua pekerjaan mereka tidak begitu mendatangkan perolehan yang tinggi.

Sekiranya hendak membawa (menanam) sesuatu bangsa padi, padi benih yang diambil hendaklah daripada orang yang lebih muda daripada kita. Lantaran itu seringkali orang muda sekarang ditertawakan oleh orang yang lebih mengerti. Mereka tidak berhati-hati dalam pekerjaan memilih dan menyediakan benih. Apabila kejayaan tidak mereka perolehi sebagaimana yang mereka harapkan mereka gaduh mengapa mereka gagal.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
19 April 2024