Jut
"Jut" biasanya digunakan di parit tali air, sawah, gelung air dan di tempat yang menjadi laluan air. Ikan yang ditangkap ialah ikan puyu dan ikan sepat.
"Jut" dibuat dengan menggunakan sebatang buluh yang panjang, dawai dan pukat. Dawai dibentuk menjadi bulat dan diikat di hujung buluh dan pukat pula dijalin di sekeliling dawai tersebut.
"Jut" yang ditahan di arus air akan disentak sekiranya terasa ikan membelah "jut" tersebut. Semasa menyentak pukat yang mengelilingi dawai akan mengingcup dan tertutup. Ikan yang masuk ke dalam "jut" akan terperangkap. |