CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Permainan Tradisional
- Jenis Permainan Tradisional
Mula 8-10 Akhir
Rebut Tiang

Ada waktunya permainan di halaman rumah tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat. Jadi sementara menunggu hujan reda, kanak-kanak desa suka berkumpul di sawah rumah (kolong rumah) daripada membuang masa tidak berbuat sesuatu, mereka akan menjalankan permainan yang sesuai bagi menghilangkan jemu atau memanaskan badan. Istimewanya rumah tradisional Melayu Kedah ialah tiangnya yang tinggi. Ini membolehkan tiang dijadikan medan permainan. Malah, dalam permainan "rebut tiang", tiang-tiang rumah itulah yang menjadi alat utama.

Permainan ini boleh dilangsungkan dengan jumlah pemain yang sedikit atau ramai. Kesemua pemain mesti berkumpul di tengah-tengah permainan iaitu pada kedudukan sama jauh dengan semua tiang. Masing-masing mencakung dalam satu bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3 dengan cara berjalan itik, masing-masing berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan. Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat "rumah". Maka bermulalah kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.

Pertukaran tiang yang pelbagai hala ini tentu sahaja membingungkan pemain yang tidak bertiang itu. Dia tentu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiang yang tidak bertuan dalam keadaan seperti itu.

Pergerakkan pertukaran "rumah" mesti cepat dan lancar. Persetujuan bertukar tiang perlu dibuat secara senyap dan bahasa isyarat supaya tidak disedari oleh perebut tiang. Sekiranya pertukaran tiang dibuat dengan tiang yang agak jauh (supaya lebih hebat) pemain mestilah lebih pantas. Namun risiko ini jarang diambil oleh pemain kerana masing-masing tahu pahitnya menjadi perebut tiang. Malang tak berbau. Ada pemain yang tergesa-gesa dan terlanggar antara satu sama lain lalu terjatuh, tertiarap, terlentang dan sebagainya. Kecemasan seperti ini adalah peluang keemasan bagi si perebut tiang kerana ada 1 atau 2 tiang yang kosong untuk diambilnya.

Dalam permainan rebut tiang, pemain, gelaran juara pastinya mencerminkan kehebatan pemain. Juara ialah pemain yang tidak pernah kehilangan "rumah" iaitu tidak pernah menjadi perebut tiang. Pemain ini tentu tangkas pergerakkannya untuk berlari merebut tiang dan tajam penglihatannya untuk mengintai peluang yang sesuai.

Sesungguhnya permainan merebut tiang ini hanya berdasarkan ketangkasan dan tiada sebarang mata dipungut. Tiada juga denda kecuali kebosanan berlari ke sana ke mari untuk merebut tiang. Permainan hanya berakhir apabila masing-masing sudah keletihan.

Penghargaan
     
 

Para pemain berlumba-lumba berjalan itik menuju ke mana-mana tiang pilihan untuk dijadikan rumah. Siapa yang lambat dia terpaksa duduk ditengah dan merebut tiang dari orang lain.

Para pemain bertukar-tukar tiang, pemain tengah terpaksa merebut tiang yang mana ditinggalkan tuannya untuk ditukar.
 
     
 
   
 
| Batu Selambut | Laga Biji Getah | Jengkek Kapal Terbang | Tuju Para | Congkak | Sepak Bulu Ayam | Ketuk Pedang | Rebut Tiang | Tuju Pot (Tin) | Toi |
 
 
   
 
 
     
 
     
28 March 2024