|
Tarian Naga
Tarian Naga juga merupakan acara tradisi masyarakat berketurunan Cina. Mengikut kepercayaan orang Cina, Tarian Naga dipersembahkan dengan tujuan memohon iaitu mengharapkan sesuatu yang lebih baik dengan memberikan kesenangan, kemakmuran dan kejayaan. Ia ditarikan pada hari perayaan terutamanya pada hari Tahun Baru Cina. Tarian ini hampir serupa dengan Tarian Singa tetapi jumlah penarinya lebih ramai. Patung naga menjadi alat utama dalam tarian ini dan diperbuat daripada buluh dan dibalut dengan kain. Di bahagian kepala hingga ekor kain ini dilukis seperti sisik naga. Tarian ini diketuai oleh seorang penari utama yang membawa sebatang kayu di depan naga. Jumlah penari yang mengambil bahagian bergantung kepada saiz ukuran panjang atau pendeknya naga yang digunakan dalam tarian ini.
|
|