CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 7-25 Akhir
Bintang Ketika (Bintang Thuraiya)

Sebenarnya ilmu bintang ketika yang berguna kepada mereka yang mengerjakan sawah bukanlah ada pada tiap-tiap orang lebih-lebih pada orang-orang dalam masyarakat hari ini. Bintang ketika itu ada tujuh biji semuanya. Empat daripadanya seolah-olah menjadi kepala dan tiga lagi menjadi ekor. Sebiji yang di ekornya itu kalau jarang diperhatikan tidak kelihatan kerana cahayanya tidak begitu terang seperti yang lain-lainnya. Sesetengah orang pula mengatakan bintang ketika itu ialah yang asalnya tujuh biji, kemudian hilang sebiji lalu tinggal enam sahaja, seperti pantun:

Bintang tujuh tinggal enam,
Jatuh sebiji di Majapahit,
Hilang sepuh tinggal senam,
Baru ku tahu emas tak baik.

Bintang ketika itu boleh dilihat di langit pada bila-bila masa juga waktu malam hari yang berbintang kecuali lima belas hari setahun, iaitu ketika ia menyelam dalam bulan tujuh. Masa menyelamnya itulah terjadinya ribut yang kuat dari barat.

Apabila bintang ketika itu timbul semula di sebelah timur, itu menunjukkan sudah bulan lapan. Itulah masa yang sebaik-baiknya bagi pekerjaan menabur padi benih. Mengikut kepercayaan orang-orang tua timbulnya bintang itu bererti bintang ketika mula tumbuh pada tahun itu. Itulah sebabnya mereka memanggil bulan lapan itu "bulan benih".

Bintang ketika itu mengikut pengecaman duduknya setentang dengan bintang belatik. Bintang ketika arah ke utara dan bintang belatik terletak arah ke selatan. Bintang ketika beredar dari sebulan ke sebulan arah ke barat. Dalam bulan enam dan tujuh ia berada di sebelah barat kemudian tenggelam lima belas hari lamanya, timbul semula dalam bulan lapan. Demikianlah peredarannya.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
23 April 2024