CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Permainan Tradisional
- Jenis Permainan Tradisional
Mula 7-10 Akhir
Ketuk Pedang

Ketuk pedang adalah sejenis permainan laman yang berkonsepkan perlumbaan mengutip mata. Selain dari nama ketuk pedang ini terdapat juga nama lain iaitu "konda-kondi". Permainan ini biasanya dimainkan di kawasan lapang dan terbuka. Kanak-kanak lelakilah yang selalu mengambil bahagian. Permainan ini agak kasar dan mungkin mencederakan jika kurang berhati-hati.

Alat yang perlu dalam permainan ini cukup ringkas iaitu 2 batang kayu dan satu lagi kayu panjang. Kayu yang panjang dipanggil "ibu" manakala yang pendek dipanggil "anak". Bagi melengkapkan syarat permainan ini, satu lubang khas perlu digali di tanah. Siapakah yang layak memulakan pukulan? Satu undian khas dijalankan. Wakil daripada kedua-dua pasukan masing-masing dikehendaki berdiri membelakangi lubang yang dikorek di belakang garisan yang dibuat beberapa langkah dari lubang.

Mereka disuruh melemparkan kayu "anak" masing-masing ke dalam lubang. Hasil lemparan yang paling sempurna ialah apabila kayu "anak" tepat memasuki lubang ataupun lemparan yang paling hampir dengan lubang dianggap terbaik. Permainan dilalui dengan 3 peringkat dan hanya peringkat 3, pemain mula mengutip mata. Pada peringkat pertama, kayu "ibu" digunakan untuk menyungkit kayu "anak" dan kayu itu akan terlambung ke udara manakala kayu "ibu" hendaklah segera diletakkan semula ke lubang. Pemain akan berusaha agar kayu "anak" tidak dapat disambut oleh pemain lawan. Jika kayu "anak" disambut, pihak lawan akan mengutip dan melemparkannya ke lubang makan pemain yang mencungkil tadi "mati". Pemain lain dalam pasukannya akan meneruskan permainan untuk peringkat ke 2.

Hanya satu tangan sahaja dibenarkan melakukan 2 tugas berturut-turut iaitu tugas melambung kayu "anak" dan memukul kayu "anak" itu menggunakan kayu "ibu". Dia berhak menggunakan kayu "ibu" sebagai penghadang atau penguis bagi mengelakkan kayu "anak" yang dilemparkan oleh pihak lawan masuk ke dalam lubang.

Dalam peringkat ke 3, pemain mula mengutip mata. Peringkat ini dianggap paling penting kerana para pemain mula mengutip mata. Caranya, kayu "anak" di sandarkan dalam lubang dengan kedudukan satu hujungnya mengunjur keluar. Bahagian yang mengunjur keluar itu akan di "ketuk" dengan kayu "ibu" supaya melambung ke udara dan dengan pantas pemain memukul kuat-kuat supaya kayu "anak" jatuh sejauh mungkin.

Kiraan mata akan dikira dengan jarak kayu "anak" dengan lubang diukur dengan kayu "ibu". Jika jarak 1 kayu "anak" , dikira satu mata. Jika kayu "anak" berjaya disambut oleh lawan, mata yang ada menjadi sifar.

Di sesetengah tempat, para pemain sudah menetapkan sasaran mata yang perlu dikutip bagi melayakkan digelar pemenang. Pasukan terawal mencapai angka tersebut dikira juara dan permainan ditamatkan.

Penghargaan
     
 

Pemain pertama meletakkan kayu pendek melintang lubang. Dia menguis kayu pendek dengan menggunakan kayu panjang supaya kayu itu melambung seberapa jauh yang boleh.

Pemain meletakkan kayu pendek ke dalam lubang dengan bahagian hujung terbuka sedikit.

Suatu permainan ketuk pedang, seorang pemain sedang menguis kayu manakala pemain-pemain daripada kumpulan lawan bersedia untuk menyambut.
 
     
 
   
 
| Batu Selambut | Laga Biji Getah | Jengkek Kapal Terbang | Tuju Para | Congkak | Sepak Bulu Ayam | Ketuk Pedang | Rebut Tiang | Tuju Pot (Tin) | Toi |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024