Ran Candik
Kombinasi sebuah pondok dan belat dipanggil "Ran Candik". Didirikan di tepi-tepi sungai antara muara dan hulu sungai yang berarus deras. Ran dibina daripada buluh yang beratapkan nipah. Belat pula diperbuat daripada batang bemban atau buluh ditanam di dalam sungai mengikut arus air sebagai pintu masuk ikan.
Digunakan semasa air naik di mana "candik" akan diturunkan ke dalam air, sementara tali perasa yang diikat di hujung "candik" dipegang. Apabila terasa ikan masuk ke dalam "candik" ia akan dilepaskan dan "candik" akan ditarik naik ke atas "ran". Untuk mengendalikan "candik" ia memerlukan sekurang-kurangnya dua orang. Ikan yang ditangkap biasanya baung, sebarau, lampam, ikan pipi merah, temoleh tapah dan patin. |