CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Alor Setar Dahulu dan Sekarang - Vol II
- Bangunan Lama
Mula 6-11 Akhir
Pekan Melayu Dan Pekan Cina

Kedai-kedai tradisional yang terdapat di sepanjang Jalan Pekan Melayu dan Pekan Cina merupakan bangunan-bangunan terawal yang dibina di bandar Alor Setar. Bangunan ini merupakan bangunan perniagaan yang menjalankan aktiviti borongan dan sebagainya. Kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di kawasan ini telah dibina pada abad ke-18, yang mana bangunan tersebut terdiri daripada 2 tingkat. Pada keseluruhannya reka bentuk bangunan-bangunan di sini lebih bercirikan seni bina Roman. Ini dilihat dari kewujudan pelbagai jenis tiang yang terdapat di sesetengah kedai yang telah menonjolkan ukiran-ukiran yang menarik.

Penghargaan
     
 

Deretan kedai-kedai yang terdapat di Pekan Melayu dan Pekan Cina yang merupakan bangunan awal dibina di Alor Setar. Telah mula dibina pada abad ke-18. Kini suasana Pekan Melayu dan Pekan Cina telah berubah dengan suasana jalan raya yang semakin sibuk oleh kenderaan-kenderaan moden.

 
     
 
   
 
| Balai Seni Negeri | Masjid Zahir | Perkarangan Masjid Zahir | Maktab Mahmud | Madrasah Amanatul-Muslimin | Pekan Melayu Dan Pekan Cina | Majlis Perbandaran Kota Setar | Wisma Negeri | Balai Polis & Pejabat Pos | Jalan Raja | Hospital Alor Setar & OCBC |
 
 
   
 
 
     
 
     
11 August 2020