CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Pengangkutan
- Sejarah Pengangkutan
Mula 5-5 Akhir
Sejarah Pengangkutan Air

Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air.

Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.

Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya:

  1. Mengikut aliran sungai
  2. Menggunakan tenaga
  3. Tiupan angin
  4. Enjin

Kesimpulannya dengan menggunakan kudratnya manusia tidak berupaya bergerak pantas ataupun mengangkut barang-barang berat meliputi jarak yang jauh. Untuk mengatasi kekurangan ini, manusia telah berusaha mencipta kaedah-kaedah mekanikal hingga mereka dapat menjelajah jauh di daratan, merentasi lautan dan merentasi udara.

Titik tolak yang membolehkan manusia berbuat begitu bermula sejak terciptanya roda dan kapal layar. Kedua-dua ciptaan tersebut telah dibuat 5,500 tahun yang lalu. Namun revolusi pengangkutan sebenarnya hanya bermula sejak tahun 1800an setelah enjin dipasang pada kenderaan darat dan kapal.

Menjelang tahun 1900an, kereta kuda diganti oleh motokar. Kemunculan motokar telah merubah cara hidup masyarakat. Pada masa yang sama pesawat terbang juga berjaya diterbangkan, secara langsung memudahkan lagi manusia ke sana-sini di seluruh dunia. Sekarang kapal terbang yang mampu terbang dua kali ketinggian Gunung Everest dan dua kali peluru rifel dapat membawa kita meliputi jarak beribu-ribu kilometer dalam masa beberapa jam sahaja.

 
   
 
| Pengangkutan Darat | Sejarah Pengangkutan Kereta Api | Sejarah dan Perkembangan Penerbangan Malaysia | Sejarah Awal Penubuhan lapangan Terbang Di kedah | Sejarah Pengangkutan Air |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024