CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Pengangkutan
- Sejarah Pengangkutan
Mula 4-5 Akhir
Sejarah Awal Penubuhan lapangan Terbang Di kedah

Lapangan terbang ini terletak di tengah-tengah sawah Kepala Batas, kira-kira 14 km dari pusat bandar Alor Setar. Ia telah dibina pada tahun 1927 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kedah semasa pemerintahan Inggeris pada masa itu ialah Royal Air Force (RAF). Tinjauan telah dibuat oleh RAF dengan menggunakan kapal terbang khas bagi mencari lokasi sesuai. Akhirnya Kepala Batas telah dipilih sebagai lokasi yang strategik. Kerja pembinaan lapangan terbang ini memakan masa lebih kurang dua tahun dan selesai proses pembinaanya pada tahun 1929.

Buat pertama kalinya pada tahun yang sama sebuah pesawat kecil yang mempunyai satu tempat duduk kepunyaan seorang Eropah iaitu Sir Charles Kingford Smith telah singgah di situ. Beliau merupakan seorang juruterbang terkemuka yang dalam satu penerbangan dari England menuju ke Australia telah mencecah rekod penerbangan dalan bahagian jarak penerbangan paling jauh dalam penerbangan (pada masa itu landasan yang digunakan adalah landasan rumput).

Royal Dutch Airline (KLM) merupakan sebuah syarikat penerbangan Belanda, mula menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 1924 dengan mengarahkan pesawat Fokker F27 tiga kipas (Trimotors) yang membawa barangan pos singgah di Kepala Batas. Selepas itu penerbangan British Imperial Airways dari London ke Australia turut menggunakan lapangan terbang ini. Dalam tahun 1931, Will Rigers, seorang pelakon filem yang masyur bermalam di Alor Setar kerana menunggu pesawat KLM ke Bangkok.

Perlumbaan Pesawat Udara Dunia dari Croyden, England ke Melbourne, Australia dalam tahun 19 34 memilih lapangan terbang ini sebagi sebuah tempat rehat dan menambah minyak pesawat-pesawat. Kerana membolehkan kapal-kapal terbang jenis DC2 dan lain-lain pesawat besar singgah di sini, kerajaan telah menambak batu dan menurap dengan aspal satu landasan selebar 60 kaki dan panjang 900 ela dalam tahun 1935.

Apabila Pulau Pinang menyiapkan landasan yang lebih baik di Bayan Lepas dalam tahun 1936, KLM dan Imperial Airways singgah di sana dan tidak datang ke Alor Setar lagi. RAF atau Tentera Udara DiRaja British mengambil alih lapangan terbang ini sebagai Pangkalan Udara Utara Malaysia. RAF menempatkan kapal-kapal jenis Blenheims dan Buffaloes di sini. Jepun telah menawan lapangan terbang ini dalam tahun 1941 dan membina satu landasan. Jepun menggunakan lapangan terbang ini mengangkut bala tenteranya ke Selatan Semenanjung untuk menjatuhkan Singapura.

Selepas perang RAF menggunakan lapangan terbang ini semula dan berusaha memanjangkan landasannya menjadi 1200 ela. Sebuah menara kawalan dibina dan lapangan terbang ini dilengkapi dengan peralatan radio-telefon. Kawasan lapangan terbang ini diperluaskan lagi dan RAF berserta JKR telah membaiki keadaan landasan dan kawasannya sehingga sesuai disinggahi oleh kapal-kapal terbang besar.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, RAF menyerahkan lapangan terbang Alor Setar kepada Kerajaan Malaysia. Selepas itu hanya kapal terbang Malaysian Airways (MSA) yang membuat penerbangan di sini.

Dalam bulan September 1964, Tentera Udara Di Raja Malaysia membuka Sekolah Latihan Terbang di Kepala Batas dan tempat ini menjadi sibuk dengan kapal terbang kecil Provos berjentera satu. Dalam tahun 1980, lapangan terbang ini mempunyai terminal baru yang lebih selesa dan landasannya diperpanjang sehingga 1500 ela. Terminal baru ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah dan mengistiharkan lapangan terbang ini sebagai Lapangan Terbang Sulan Abdul Halim.

Sejarah penerbangan Malaysia telah bermula sejak tahun 1937. Pada masa itu, terdapat sebuah syarikat penerbangan yang dikenali sebagai Malayan Airways Ltd. (MAL). Walaupun penubuhannya pada tahun 1937 tetapi MAL hanya mula memberikan khidmat pengangkutan awamnya pada tahun 1947, iaitu pada tahun selepas penubuhannya. Keadaan ini disebabkan oleh Perang Dunia Kedua atau Perang Jepun.

Malayan Airways pada mulanya menawarkan khidmat tiga kali seminggu melalui laluan Singapura-Kuala Lumpur-Ipoh-Pulau Pinang. Pesawat pertamanya ialah Air Speed Consul UR - Sap. Pesawat ini dipandu oleh Kapten E. Woodeow, seorang rakyat Kanada. Permintaan terhadap khidmat penerbangan pada masa itu terus meningkat. Malayan Airways terpaksa menambah pesawat-pesawatnya untuk membawa lebih ramai penumpang. Antara tahun 1947 dan 1948, syarikat tersebut telah membeli tujuh buah pesawat jenis Douglas Commercial 3. Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Nama Malayan Airways ditukarkan kepada Malaysia Airways. Namun begitu, syarikat penerbangan kebanggaan negara ini masih menggunakan singkatan asal, MAL.

Tarikh sebenar permulaan syarikat penerbangan nasional ialah bulan Mac 1917. Singapura dan Malaysia memiliki syarikat penerbangan berasingan selepas tarikh itu. Malaysia Airways System ditubuhkan pada April 1917. Pada mulanya singkatan MAL digunakan, kemudian ditukar kepada MAS iaitu Malaysian Airlines System. Singkatan MAS tidak melambangkan negara Malaysia. Oleh itu, pada Oktober 1972, MAS dinamakan semula sebagai Malaysia Airlines atau Syarikat Penerbangan Malaysia.

Penghargaan
 
   
 
| Pengangkutan Darat | Sejarah Pengangkutan Kereta Api | Sejarah dan Perkembangan Penerbangan Malaysia | Sejarah Awal Penubuhan lapangan Terbang Di kedah | Sejarah Pengangkutan Air |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024