CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 4-25 Akhir
Kayu tenggala

Persediaan pertama dalam kerja-kerja pensawahan ialah mengadakan tenggala. Mengikut penerangan orang-orang yang ahli dalam ilmu persawahan, kayu asal yang digunakan untuk membuat tenggala ialah kayu "halban". Kononnya sebab kayu halban itu dipilih menjadi kayu tenggala ialah kerana selain daripada kayu itu liat dan teguh, pada pokok halban itu terdapat sekurang-kurangnya satu daripada alat-alat tenggala. Kalau berjumpa dengan pokok halban, sudah tentu pokok itu tidak akan menghampakan kita. Kalau pun tidak terdapat kesemua daripada alat-alat tenggala yang kelima itu (bor, nanyam, sepak, kok, dan pukang), sekurang-kurangnya satu ada juga. Itulah sebabnya kayu halban menjadi asal kayu tenggala. Ada pula yang memberi pendapat bahawa pokok halban itu dijadikan kayu tenggala kerana pokok halban itu biasanya tidak tumbuh lurus tegak, melainkan di sebaliknya.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
19 April 2024