|
Tarian Daling-Daling
Tarian Daling-Daling berasal dari Sepanyol. Ianya diperkenalkan oleh askar-askar Sepanyol kepada rakyat Filipina. Kini Tarian Daling-Daling telah menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau. Alat muzik yang digunakan ialah gabang dan dua bilah kayu yang disebut bolak-bolak. Ia ditarikan secara berpasang-pasangan iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan. Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis Hari Raya. Penari-penari wanita memakai destar yang disebut pies. Jari meraka dihias dengan kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu dinamakan janggal.
|
|