CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 25-25 Akhir
Melanggar dan Pupuh

Satu lagi kebiasaan yang dilakukan yang sudah tidak kedapatan pada hari ini ialah adat "melanggar" dan "pupuh". Melanggar ialah menglirik padi orang dengan tidak setahu tuannya, dan pupuh pula menggantungkan apa-apa insyarat (biasanya kepala kerbau) di pohon kayu yang berhampiran dengan sawah yang telah dilanggarkan itu bertujuan memberitahu empunya yang mereka telah berkehendakan makan besar atau kenduri dengan membantai kerbau atau lain-lain mengikut apa yang digantungkan.

Apabila sudah satu-satu sawah itu dilanggar atau dipupuh, diutuskan seorang daripada mereka pergi memberitahu tuannya. Setelah dilihat oleh orang itu kepala kerbau yang dipupuhkan umpamanya fahamlah dia akan maksudnya. Dua tiga hari kemudian, kenduri diadakan di sawahnya. Adat ini seringkali dibuat pada seseorang yang terkenal kerana baik budinya dan disayangi ramai.

Dalam kenduri itu atau dalam kenduri selamat yang seringkali di adakan di tengah-tengah sawah setelah selesai sahaja pekerjaan persawahan pada satu-satu tahun itu, biasanya adalah dua, tiga atau empat orang yang menunjukkan kehandalan dan kegagahan masing-masing dengan berlawan "siapa makan banyak". Mengikut cerita ada orang yang boleh makan sampai tiga empat bakul nasi dan bergantang-gantang daging. Kadang-kadang apabila kuah gulai telah kehabisan, diambil pula air petak (air dalam sawah padi) ditambahkan menjadi kuah dengan tidak dimasak lagi.

Ada juga (khabarnya cerita ini memang benar) yang mengatakan bahawa kadang-kadang kerbau yang disembelih itu dipotong dagingnya terus dimakan dengan tidak dimasak lagi. Ketua-ketua kampung, penghulu atau anak-anak raja (tengku-tengku) kerap menjadi ketua dalam pertandingan makan besar ini. Gaging kerbau dimakan dengan air asam yang berbesen-besen banyaknya. Perut kebau dikibas-kibaskan sahaja tahinya lalu dicecah dengan air asam dan di makan bersama-sama dengan lima atau enam biji cabai melaka yang dikeluarkan dari dalam saku.

Begitulah ceritanya melanggar dan pupuh itu, yang pada zaman ini sudah tidak dapat dilihat lagi.

Dipetik daripada: Intisari Kebudayaan Negeri Kedah
Oleh: Tuan Haji Mat Nayan bin Hj. Saad

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024