|
Tarian Gayong Otar-Otar
Tarian Gayong Otar-Otar adalah sebuah tarian pahlawan. Tarian ini ditarikan secara berpasang-pasangan (lelaki sahaja). Pakaian penari-penari pula adalah pakaian silat Melayu. Di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya loceng-loceng kecil. Dua baris penari akan bergerak sambil menyerang antara satu sama lain. Kemudiannya dua baris penari akan berundur namun barisan penari itu tidak berpecah. Alat-alat muzik iringan adalah gong dan gendang.
|
|