Stesen Kereta Api
Latar belakang serta sejarah pembinaan kereta api di Negeri Kedah merupakan satu proses yang agak unik dan berbeza dengan latar belakang pembinaan laluan kereta api di Negeri Melayu yang lain. Termeterainya perjanjian Inggeris-Siam pada 1909 dan setelah Kedah jatuh ke tangan Inggeris sepenuhnya, maka barulah kerajaan Inggeris mengambil inisiatif sepenuhnya membangunkan laluan kereta api.
Kini stesen kereta api menjadi sebuah mercu tanda yang bersejarah kerana di dalam keusangan binaannya, namun ianya masih mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Kedah khususnya dan kepada penduduk lain amnya di dalam menghubungkan Kedah dengan Bukit Mertajam di sebelah selatan manakala sehingga Padang Besar di sebelah utara. |