|
Tarian Payang
Tarian Payang terkenal di kalangan masyarakat nelayan. Tarian ini mengambil nama sejenis pukat "payang" yang digunakan di Pantai Timur atau Utara Semenanjung. Tarian ini ditarikan sebelum dan selepas payang mendarat di pantai. Tujuh penari wanita akan menari dan menyanyi sambil mengelilingi payang yang disangkut di haluan perahu. Tarian ini berunsur pemujaan iaitu dengan membakar kemenyan dan menabur beras kunyit. Alat muzik yang digunakan ialah tetuang iaitu tanduk kerbau yang ditiup, seruling buluh, canang dan gendang.
|
|