CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 3-25 Akhir
Masa turun ke bendang

Setelah piama bendang menjelang, iaitu dalam bulan lima, sejak itu hujan mulai turun menyebar bumi. Lebih kurang sebulan lamanya dalam keadaan hanya menyebar itu, pada penghujung bulan lima itu atau pada awal bulan enam, suara seakan-akan guruh berbunyi meletus sayup-sayup kedengaran di sebelah barat. Itulah "guruh pesan" namanya.

Bahana yang berbunyi dari kaki langit itu menjadi alamat yang menunjukkan hujan akan turun. Tidak lama selepas itu hujan lebat turun disambut dengan guruh dan petir. Petir bulan itu merupakan petir yang paling merbahaya. Tiap-tiap tahun ada sahaja orang, kerbau , kayu-kayan yang menjadi mangsanya. Itulah "petir bulan lima". Hujannya disebut sebagai "hujan reput jerami" kerana hujan itulah yang mereputkan tunggul-tunggul jerami di padang. Turunnya hujan itu jugalah air mulai bertakung di dalam petak-petak sawah. Bunyi guruh pesan menandakan akan datangnya barat (musim barat atau musim hujan) itu ada juga pengecaman orang-orang tua . Kalau bahana itu datang dari arah barat laut, ia menunjukkan hujan lebat beserta angin yang kencang, dan ribut di laut. Kalau bahana itu datang dari arah barat sepat (barat benar) alamat hujan banyak tetapi angin kurang. Sekiranya dari arah barat daya datangnya bermakna kuranglah hujan pada tahun itu.

Setelah hujan lebat turun mencurah-curah biasanya pada waktu petang hingga ke malam persedian-persedian untuk turun ke bendang disiapkan. Setelah siap sedia alatan-alatan itu, pada bulan enam atau bulan tujuh turunlah pesawah ke bendang masing-masing.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
28 March 2024