CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 3-19 Akhir
Tangkul

Terdapat dua jenis "tangkul" yang sering digunakan iaitu "tangkul tarik" dan "tangkul angkat". "Tangkul" biasanya digunakan di kalangan penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan parit tali air terutama pada musim hujan di waktu air melimpah.

  1. Tangkul Tarik

    Diperbuat daripada buluh beting. Dua batang buluh panjang digunakan untuk dipacak di kiri dan kanan parit tali air. Dua buah takal diikat di hujung buluh yang dipacak untuk dimasukkan ke dalam batang buluh dan hujung "tangkul" diikat di relang tersebut supaya senang untuk mengelilingi "tangkul" dan tali panjang untuk menaikkan tangkul. "Tangkul" biasanya ditahan dan diangkat pada satu jangka masa yang tidak ditetapkan. Lama dan cepat masa bergantung pada jenuhnya ikan yang terperangkap masuk.

  2. Tangkul Angkat

    Diperbuat daripada buluh beting. Empat ranting diperlukan dimasukkan ke dalam dua biji gelenggang (buluh yang dikerat pendek) untuk dijadikan empat penjuru. Di keempat-empat penjuru ini "tangkul" diikat. "Tangkul" yang besar menggunakan tuas untuk mengangkat naik ke atas. Untuk menahan "tangkul" ianya direndamkan ke dalam air sungai. Apabila sampai waktu yang ditetapkan barulah ianya diangkat. Adakalanya ditahan dari waktu malam dan diangkat pada waktu pagi. Sekiranya ikan banyak, "tangkul" akan diangkat dengan begitu kerap. "Tangkul" yang bersaiz kecil digunakan di alor.
     
 

Tangkul Tarik (Parit Tali air)


Tangkul Angkat (Sungai)



Tangkul Angkat (Parit Tali air)

 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
24 April 2024