CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Sistem Pendidikan Pondok
Mula 3-12 Akhir
Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah

Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah atau dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Merbok dilahirkan pada tahun 1899 di Tebengau, Kampung Alor Ibus, Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal (ilmu Al-Quran) daripada bapa beliau sendiri iaitu Haji Abdullah dan kemudian berguru dengan Haji Muhammad Arif di Sungai Nonang. Kemudian, pada tahun 1916, beliau meneruskan pelajaran menengahnya di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang. Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya di Madrasah Tuan Hussin Nasir, Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kedah selama tiga tahun.

Pada tahun 1918, Haji Abdul Rahman telah berangkat ke Mekah untuk menuntut ilmu di sana. Di Mekah, beliau mendapat pendidikan secara umum dari beberapa tokoh guru agama terkenal seperti Syeikh Othman Sarawak, Abdul Kadir Mendahiling, Sheikh Umar Bajunid, Tuan Mufti Hambali, Sheikh Ali Maliki dan Sheikh Salleh Bikri. Selain itu, beliau juga pernah menuntut daripada Tuan Guru Pak Da Ei (Pak Muda Ismail) dan Pak Wan Daud yang mana kedua-duanya berasal dari Patani.

Sebagai seorang yang mendapat pendidikan sekolah pondok, Dato Mursyid DiRaja Haji Abdul Rahman banyak menyumbang dalam usaha membangunkan sekolah di negeri Kedah. Beliau pernah menjadi guru di sekolah pondok serta madrasah. Selain itu, beliau juga telah mendirikan Madrasah Kota Kuala Muda ketika berusia 27 tahun iaitu sekitar tahun 1926. Pada tahun 1927, beliau membuka Madrasah Saadatul-Daroin, Merbok, Kedah. Pada peringkat awal, bilangan penuntut madrasah ini hanyalah seramai 25 orang tetapi ia semakin bertambah dari tahun ke setahun dan ia menjadi terkenal bukan sahaja di negeri Kedah tetapi ke beberapa negeri lain di Semenanjung dan beberapa bahagian tertentu di Sumatera dan Riau. Bagi mengenangkan jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Tokoh Guru Negeri Kedah bagi tahun 1982.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Sistem Pendidikan Pondok | Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Kadir | Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah | Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh | Muhammad Salleh Bin Haji Hashim | Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah) | Haji Hussain Che Dol | Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek | Haji Yaakob Bin Haji Ahmad | Haji Abdullah Abbas Nasution | Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang | Tuan Haji Muhammad Said Bin Muhammad Taib (Haji Muhammad Said Yan) |
 
 
   
 
 
     
 
     
20 August 2017