CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 19-25 Akhir
Semangat padi

Semangat padi itu kononnya perempuan. Mengikut cerita orang-orang tua ia pernah dijumpai orang. Kononnya suatu masa ada dua orang suami isteri. Si suami itu selalu sahaja masuk ke dalam jelapang sehingga kadang-kadang beberapa lamanya baru keluar. Si isteri tidak mengetahui apa yang dibuat oleh si suaminya di dalam jelapang itu. Dia tidak berani naik ke atas jelapang kerana ditegah oleh suaminya. Tiba-tiba pada suatu hari, entah bagaimaan mulanya si isteri itu terdengar suara orang bercakap-cakap di dalam jelapang. Masa itu suaminya berada di dalam. Dia mengendap, dan di dapatinya ada seorang perempuan muda. Maka terjadilah pergaduhan yang hebat, sehingga semangat itu lari meninggalkan jelapang itu. Dari tarikh itu kononnya kehidupan suami isteri itu tidak lagi senang.

Kononnya semangat padi sudah tidak ada di Kedah ini. Mengikut cerita selanjutnya, semenjak orang memukul padi (tidak lagi mengirik), semangat padi mula lari ke Siam. Ia takut kepada perbuatan memukul itu. Orang-orang Siam berkata mereka lebih menjaga padi daripada orang Melayu. Sebab itulah sesetengah orang memberi petua, sekiranya kita tidak mempunyai petua apa-apa hendak mula menabur, menanam atau mengerat sekalipun, memadai dengan mangadap arah ke negeri Siam.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024