CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 19-19 Akhir
Masakan Ikan Darat

Ikan darat seperti Haruan, Keli, Puyu dan Sepat begitu enak dan sedap dimakan sekiranya dimasak gulai likat rempah giling campur dengan ubi kayu. Begitu juga sekiranya digoreng garing-garing.

Ikan darat juga boleh dibuat kering, digoreng dan dimakan bersama pulut dicampur nyior kukur (kelapa parut) dan juga sesuai dimakan semasa menyeruk (sarapan) pagi atau setelah pulang mengerjakan sawah.

Pekasam merupakan sejenis resepi ikan darat. Setelah selesai disiang dan dibasuh, ianya akan diperap bersama garam dicampur dengan beras goreng yang ditumbuk halus. Ia enak sekali dimakan selepas digoreng bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Orang-orang tua dahulu gemar membuat serunding daripada isi ikan haruan. Ia direbus terlebih dahulu dan isinya diambil. Kemudian digoreng sehingga kering bersama rempah ratus. Ia sedap dihidangkan bersama pulut kukus atau dibuat cicah ketupat mahupun lemang.

Ikan haruan dipanggang dengan dibalut daun pisang. Ia terlebih dahulu dibelah belakang dan disumbat dengan inti kelapa atau cili beserta ramuan serai lengkuasnya. Masakan ini dipanggil "bantut".

Pais pula dibuat daripada anak-anak ikan haruan atau ikan sepat Kedah yang dicampur dengan bawang dan cili dibungkus dengan daun pisang. Kemudian dipanggang sehingga masak.

Lain-lain masakan ikan darat ialah asam pedas ubi kemili, masak jeruk, masak lemak cili api, bakar tawar cicah air asam dan lain-lain lagi.

Kajian mendapati bahawa ikan haruan berkhasiat dibuat ubat luka dalaman dengan cara dimasak sup. Ia baik dimakan oleh wanita selepas bersalin atau bagi mereka selepas menjalani pembedahan.

Juga dipercayai lendir ikan haruan dapat menghindarkan dari jangkitan demam campak dengan cara melepas ikan haruan ke dalam kolah mandi dan airnya dimandi oleh seisi keluarga.

Penghargaan
     
 

Ikan darat yang dikeringkan

Ikan darat yang dimasak
 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
19 April 2024