CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Mercu Tanda Kedah Darul Aman
- Kota Setar
Mula 16-26 Akhir
   
Muzium DiRaja

Pada asalnya muzium ini dikenali sebagai Istana Kota Setar yang merupakan tempat kediaman Tuanku Sultan serta keluarga DiRaja. Istana ini telah dibina oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin pada tahun 1736. Pada tahun 1904, di istana inilah telah berlangsungnya perkahwinan 5 pasangan putera dan puteri Sultan Abdul Hamid yang mengambil masa selama 3 bulan dan mula dikenali sebagai Istana Pelamin. Di sini jugalah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama serta Bapa Kemerdekaan Malaysia dilahirkan. Pada tanggal 25 Julai 1983, ianya telah dijadikan sebagai Muzium DiRaja secara rasminya oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan di sinilah segala koleksi khazanah warisan peribadi dan kebesaran berkaitan kesultanan dan latar belakang DiRaja Negeri Kedah Darul Aman diabadikan.

 
   
 
| Balai Besar | Balai Nobat | Balai Seni Negeri | Bangunan UMNO | Bulatan Wanjah | Hotel Holiday Villa | Istana Anak Bukit | Istana Kuala Cegar | Istana Spacendera (Kuning) | Kolej Sultan Abdul Hamid | Kompleks Yayasan Al-Bukhari | Kota Kuala Kedah | Masjid Zahir | Menara Jam Besar, Alor Setar | Menara Telekom | Muzium DiRaja | Muzium Negeri | Padang Court | Pejabat Pos Besar | Pekan Rabu | Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah | Rumah Kelahiran Mahathir | Stesen Kereta Api | Wisma Darul Aman | Wisma Negeri | Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024