CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 16-25 Akhir
Umur padi

Rasanya perlu juga diterangkan di sini umur padi itu, iaitu dikira dari mula ditabur hingga mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat. Dua peringkat itulah peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu diperbincangkan. Padi yang berumur kira-kira tujuh bulan ke atas di panggil "padi berat" dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil "padi ringan".

Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya. Mengikut pengiraan orang-orang tua, padi menempuh lima peringkat umur.

Peringkat pertama ialah daripada mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. Peringkat yang kedua daripada cukup umur hingga pokok padi yang ditanam itu beranak. Peringkat yang ketiga pula ialah daripada beranak hingga bunting. Yang keempat daripada bunting hingga mula berbuah. Peringkat yang terakhirnya ialah daripada mula berbuah hingga padi itu masak. Tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari. Mengikut jumlah umur daripada kelima-lima peringkat tersebut, nyatalah pengiraan mereka itu ditujukan kepada padi berat. Tidaklah hairan kerana memang padi beratlah yang umum ditanam mereka.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024