|
Raga Telur Buaya
Merupakan salah satu alat tempat menyimpan ikan yang dibawa bersama-sama dengan cara menggalas dibahu ketika menangkap ikan terutama ketika memancing, menjala, menyerkap dan menangkul. Badannya dibuat daripada buluh duri atau buluh beting yang dijalin kerap. Pintunya diperbuat daripada papan nipis siap dengan penyelaknya sebagai kunci. Ukuran "raga telur buaya" biasanya dibuat dalam satu saiz sahaja (saiz yang standard). |
|