CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 15-19 Akhir
Mengelau

"Mengelau" merupakan satu cara mengail ikan haruan dengan mengoncat atau menggedik umpan di atas permukaan air di tebing-tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan. Ikan haruan yang marah pada mangsanya akan menyambar umpan tersebut. Ikan haruan yang menjadi kegemaran pengail ialah yang membawa anak. Ibu haruan biasanya besar seberat satu kilo yang membawa anak.

Bok "mengelau" selalunya dibuat daripada buluh beting yang agak panjang. Hujungnya disalai dengan api dan dilentur seakan-akan huruf separa "U". Ia menggunakan tali yang dipintal atau perambut di hujungnya dengan mata kail yang agak besar yang boleh dibeli atau dibentuk sendiri.

Umpan yang digunakan ialah seekor katak minyak atau anak ayam. Anak ayam digunakan bagi mengacah anak-anak haruan supaya bertempiaran. Ibu haruan yang marah anaknya diusik akan menyambar anak ayam tersebut lalu membawa padahnya di mata kail.

Biasanya aktiviti "mengelau" dilakukan pada waktu malam ataupun hampir pagi. Waktu ini dikatakan "masa ikan tengah galak" atau lapar. Setelah bakul atau raga penuh diisi, pengail akan pulang dengan penuh kepuasan.

     
 

Bok Mengelau
 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
26 April 2024