CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 14-25 Akhir
Menanam

Setelah ditetapkan tempat muka bumi itu dan apabila segala-galanya telah selesai disediakan, pertamanya hendaklah ditilik hadapnya. Hadap dalam memulakan menanam berlainan pula dengan hadap menabur, kerana ketika melakukan kedua-dua pekerjaan tersebut tidak sama. Di sini juga boleh digunakan sebarang cara untuk menilik mengikut pegangan sendiri seperti yang telah diperkatakan halnya dalam bahagian-bahagian yang telah lalu. Pengiraan mengikut "peredaran naga", "peredaran jekin", "mengikut tempat langit terbuka" dan lain-lainnya itu adalah di antara cara-cara yang seringkali digunakan.

Dengan hadap yang tertentu itu pekerjaan menanam dimulakan dari bumi sejuk yang bertanda dengan kayu terpilih itu. Mula-mula hendaklah ditanam dengan sembilan perdu dengan membuat tiga baris iaitu tiga perdu dalam sebaris.

Lepas upacara "mula menanam" itu dilakukan barulah boleh ditanam kesemuanya sekali semai-semai yang baru dicabut itu ke dalam petak-petak sawah yang lain. Jarang sekali orang-orang tua kita menanam terus dengan tidak lebih dahulu mengadakan upacara "mula menanam" itu. Lazimnya, pekerjaan menanam yang berikutnya dibuat selepas tiga hari dari tarikh "mula menanam", tetapi dalam masyarakat hari ini terutamanya hari itu juga sudah di sekalikan.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024