CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 14-19 Akhir
Tiruk Dan Serampang

"Tiruk" dan "serampang" digunakan dengan cara yang sama iaitu dibenam atau direjam-rejamkan ke dalam air di tempat-tempat ikan bersembunyi. Beza di antara "tiruk" dan "serampang" ialah "tiruk" mempunyai mata satu manakala "serampang" mempunyai tiga hingga lima atau lapan mata. "Tiruk" biasanya digunakan di sungai-sungai yang cetek, paya dan alur yang bergambut.

"Serampang" mempunyai dua bentuk mata iaitu panjang dan pendek. "Serampang" yang bermata panjang biasanya digunakan di kawasan air yang dalam manakala yang bermata pendek digunakan di sawah padi yang airnya cetek.

"Menyerampang" ikan dilakukan semasa air sungai jernih atau semasa bulan cerah. Perbuatan ini juga dikatakan "menyuluh ikan". Mereka akan menyusuri sungai dengan perahu sambil menyuluh ikan yang timbul lalu dibaling/ditikam "serampang" ke arah ikan untuk mendapatkannya. Perbuatan ini memerlukan sedikit kepakaran atau kemahiran.

"Serampang" juga digunakan ketika ikan "mabuk" iaitu semasa air hulu turun ke hilir selepas musim hujan lebat. Pertukaran PH air menyebabkan ikan pening dan timbul untuk mengambil pernafasan. Ketika ini "menyerampang" ikan adalah menyeronokkan.

Penghargaan
     
 

 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024