CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 12-25 Akhir
Upacara menabur

Sesampainya angkatan tadi ke petak semaian dengan maksudnya dari arah-arah yang tertentu mengikut peredaran dan pengiraan naga atau lainnya, angkatan tersebut akan berhenti di tepi petak dengan hadap masuk tadi, tidak berubah.

Sesetengah orang apabila sampai sahaja ke petak semai dicarinya di sebelah mana "pintu langit terbuka" di kaki langit (mana-mana bahagian di kaki langit yang tidak berawan dan kelihatan kelabu atau hitam lapang terbentang, itu tempatnya pintu langit terbuka). Arah pintu langit yang terbuka di kaki langit itulah merupakan hadap yang baik untuk mula menabur.

Upacara dimulakan dengan menabur tepung tawar. Dari atas batas petak itu tepung dipercikkan sambil berjalan berkeliling petak tersebut mengikut arah kanan sehingga sampai balik ke tempat bermula tadi. Daun-daun cekur, jerangau dan lain-lain yang telah diikat dalam bentuk alat pemercik dipacakkan di situ. Tepung tawar yang masih berbaki dalam bekas dituangkan kesemuanya ke dalam petak sawah.

Ketua mengambil segenggam padi daripada bakul yang berisi aneka daun itu lalu membetulkan hadapnya seperti mula-mula tadi, dipejamkan matanya sambil bertafakur menggambarkan semai atau anak padi yang elok subur. Setelah nyata seolah-olah tergambar di ruang matanya semai yang elok seperti hajatnya, ditaburkanlah padi yang digenggamnya itu ke dalam petak. Dituruti oleh orang-orang lain.

Perbuatan memejamkan mata semasa menabur itu ada juga tujuannya, iaitu supaya buta segala mata penyakit dan berat badannya tidak dapat bergerak datang mengganggu ketenteraman semai itu.

Untuk menjauhkan daripada ayam itik dan kerbau lembu, keliling petak sawah semaian itu dipagar. Seringkali juga selain daripada masa menyediakan padi benih dan masa menabur itu, digunakan mentera-mentera dan lain-lainnya agar terjauh daripada segala penyakit, musuh dan merbahaya. Di petak semaian itu ditanam azimat-azimat untuk tujuan tersebut.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024