Tarian Payung
Tarian Payung atau Siti Payung ini membawa erti yang menarik. "Siti" bermaksud anak gadis bangsawan yang disayangi. Manakala "payung" pula bererti sangat dikasihi. Tarian Siti Payung dimulai dengan penari lelaki mempelawa penari wanita dengan melambaikan selendang yang tersilang pada bahunya. Penari-penari lelaki cuba mendekati penari-penari wanita namun penari-penari wanita akan cuba menjauhkan diri. Ia ditarikan secara berpasang-pasangan iaitu lelaki dan wanita. Namun begitu tarian ini sudah jarang ditarikan.
|