CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 11-25 Akhir
Persiapan menabur

Lazimnya persiapan yang pertama lagi utama dalam hal ini ialah "tepung tawar". Kepada orang-orang yang lebih mengerti dicampurkannya ke dalam tepung tawar itu beberapa perkara. Segala campuran tersebut ada dengan sebab-sebabnya . Daun-daun yang digiling sekali dengan tepung itu, selain daripada daun tepung tawar atau daun sirih (kalau daun tepung tawar tidak ada), sering dicampurkan pula daun kandang rusa, daun cekur, daun jerangau dan daun bernas (daun duit-duit). Jerangau dan cekur dicampurkan kerana menjadi seolah-olah menintuk limau padi benih itu, untuk membuangkan segala gerunya yang mungkin ada dalam menempuh pekerjaan yang sebegitu besar yang ditangguhkan.

Sebab pun dicampurkan daun bernas itu ialah kerana bertujuan semoga padi mereka kelak bernas dan padat berisi dan tidak kesip. Daun bernas itu pula tidak diambil membuta tuli begitu sahaja melainkan daun yang tumbuh di pokok nangka dan cempedak, dan mestilah pula daun betina (bukan daun jantan). Untuk mengenalinya mudah sahaja, daun betina bulat-bulat, dan daun jantan sebaliknya.

Setelah siap tepung tawar digiling, dicampurkan pula sedikit minyak kelapa. Minyak yang menjadi campuran itu pula ditanak khas untuknya atau minyak tanak yang baik lagi baru.

Apabila semuanya telah selesai, padi benih dikeluarkan dan diisikan pula ke dalam bakul. Seringkali pula mulut bakul itu dililit dengan benang mentah, ribu kecil dan pokok bernas. Bakul itu ditutup dengan kain putih, selalunya bakul yang akan dibawa dahulu yang akan menjadi kepala dalam perarakan menuju ke sawah itu sahaja yang dihiaskan demikian.

Pada ketika yang baik mengikut tilikan yang telah dikirakan orang yang ketua dalam pekerjaan itu melangkah turun dari rumah-rumah dengan langkah yang penuh isyarat dan petua serta pula dengan mentera-mentera yang tertentu mengikut petua guru yang telah dipusakai turun temurun, dituruti dan diiringi oleh yang lain-lain dengan segala alatan itu.

Mengikut kebiasaannya, bakul-bakul itu tidaklah pernah dikilik melainkan dijunjung atau dikandar.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024