CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Sistem Pendidikan Pondok
Mula 11-12 Akhir
Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang

Haji Abdul Ghani lahir pada tahun 1888 di Kubang Siam, Kedah. Namun, keluarganya berasal dari Telok Manak, Patani. Beliau pernah berulang alik ke pondok Tuan Guru Haji Muhammad Saad di Kubang Bongor lebih kurang dua batu dari Kubang Siam untuk belajar agama. Setelah dewasa, beliau dihantar pula ke Patani untuk melanjutkan pelajaran agamanya dengan Tok Ayah Bermin, seorang ulama yang mempunyai pondok yang besar di Bermin, Patani. Selepas itu, Haji Abdul Ghani menyambung pula pelajaran pondoknya di Terengganu dangan Tok Sayid. Setelah berada setahun di Terengganu, beliau balik ke Kedah sebelum berangkat ke Mekah. Haji Abdul Ghani pulang ke tanahair pada tahun 1915 dan tinggal di Kubang Siam dengan keluarganya. Tidak berapa lama di Kubang Siam, Haji Abdul Ghani berangkat ke Pondok Tuan Hussain Kedah di Bagan Ulu, Kuala Merbok. Tuan Hussain meminta Haji Abdul Ghani membantu beliau mengajar lebih 400 orang murid di pondoknya.

Selama lapan tahun Tuan Hussain membuka pondoknya, ramai orang alim yang menjadi rakan karib Haji Abdul Ghani. Di antaranya ialah Tuan Haji Yaakob Legor, Dato Haji Abdul Rahman Merbok, Haji Ismail Bin Sulaiman Kelantan, Haji Khalid Kuala Kangsar, Haji Zabidi Changkat Jering, Perak, Haji Nawawi Telok Intan, Haji Muhamad Saman Kati, Kuala Kangsar, Haji Ghazali Arshad, Bagan Dato, Perak dan Haji Muhammad Yusuf, Bekas Mufti Selangor. Selepas lapan tahun di Bagan Ulu, beliau kemudiannya berpindah pula mengikut Tuan Hussain ke pondok baru di Kampung Selengkoh, sejauh 30 batu ke utara Bagan Ulu.

Haji Abdul Ghani telah memperolehi sekeping tanah seluas sembilan relong di Tandop, Mukim Pengkalan Kundur, di selatan Alor Star dan membuka pondoknya dalam tahun 1925. Terdapat 30 buah pondok kelamin dan lapan buah pondok bujang di Tandop, terletak di belakang masjid kampung tersebut. Haji Abdul Ghani dikenali oleh orang-orang Tandop sebagai "Tok Syeikh". Pada 24 Januari 1951, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Sistem Pendidikan Pondok | Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Kadir | Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah | Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh | Muhammad Salleh Bin Haji Hashim | Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah) | Haji Hussain Che Dol | Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek | Haji Yaakob Bin Haji Ahmad | Haji Abdullah Abbas Nasution | Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang | Tuan Haji Muhammad Said Bin Muhammad Taib (Haji Muhammad Said Yan) |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024