|
Pantang Larang
Perahu lumba adalah juga seperti perahu yang dikayuh ke laut untuk mencari ikan. Ia mempunyai pantang larang yang tertentu. Umpamanya sesiapapun tidak dibenarkan memijak lantai perahu melainkan kongnya sahaja yang boleh dipijak. Begitu juga tidak dibenarkan memijak pisang-pisangnya atau rubing sekeliling perahu. Sebagai biasa, perahu tidak boleh dilangkah atau duduk berjuntai kaki sebelah air dan sebelah dalam perahu. Pengayuh tidak boleh digalang dari rubing ke rubing melintang perahu. Tidak boleh juga ditegakkan dayung daun ke bawah di dalam perahu. |
|