Madu Beku atau Berbuku-Buku
Madu beku atau berbuku-buku tidak menandakan bahawa madu itu telah rosak. Ia boleh digunakan apabila ia dicairkan. Madu akan menjadi beku apabila kandungan gula ringkas di dalam madu dari jenis "Dextrose" atau glukos berlebihan. Kandungan gula ini dapat ditentukan dari jenis bunga yang dikunjungi oleh lebah tersebut. Madu yang telah beku boleh dicairkan dengan merendamkannya di dalam air suam panas (suhu tidak melebihi 60 darjah C). |