CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Peralatan Muzik Melayu Tradisional
- Kategori Alat-Alat Muzik Melayu Tradisi
Mula 2-4 Akhir
Idiofon

Jenis-jenis alat yang mana bunyinya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat itu.

Contohnya: gong, canang, kesi, bonang caklempong, mong dan kenung, angklung, seron, demung.

Bibliografi
Penghargaan
 
Gong
Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung.
Gong ini diperbuat daripada besi.
   
Canang
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil. Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang.
   
Kesi
Sejenis alat idiofon dari keluarga “simbal” yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.
Sejenis alat idiofon dari keluarga "simbal" yang dibentuk daripada kepingan tembaga.
   
Bonang Caklempong
Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu. Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.
Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu.
   
Mong dan Kenung
Mong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu sering memainkannya dalam persembahan tertentu. Kenung diperbuat daripada perunggu. Bentuk kenung seperti periuk. Saiz kenung besar. Sisi muka kenung bertebing (meninggi). Di tengah-tengah muka kenung pula ada tombol. Diletakkan di atas rentangan tali pada para khas. Kemudian tombol kenung dipalu dengan pemalu yang berbalut. Kenung dimainkan oleh masyarakat Melayu di Pahang, Terengganu dan Johor bagi mengiringi persembahan gamelan.
Mong dan Kenung diperbuat daripada perunggu.
   
Angklung
Berasal dari Indonesia. Diperbuat daripada batang buluh yang berbeza-beza ukurannya antara satu dengan yang lain. Tiap-tiap satunya mempunyai pitch tertentu, terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan adanya valve pada hujung lain. Dua atau tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai yang juga diperbuat daripada buluh yang boleh bergerak bila bingkai tersebut digoyangkan. Untuk mengeluarkan bunyinya, seseorang itu perlu memegang bingkai angklung sambil menggoncang-goncangkannya. Angklung biasanya digunakan dalam kumpulan muzik.
Berasal dari Indonesia.
   
 
     
 
   
 
| Kordofon | Idiofon | Membranofon | Erofon |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024