CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Madu Lebah
- Spesis-Spesis Lebah Di Malaysia
Mula 2-3 Akhir
Lebah Hutan/Tualang (Apis Dorsata)

Lebah ini hidup liar di dalam hutan dan mempunyai tabiat suka berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Biasanya ia membuat sarang di kawasan yang terbuka seperti di dahan-dahan pokok, gua dan bangunan tinggi. Ketinggian membuat sarang daripada permukaan tanah ialah kira-kira 15 meter. Pokok-pokok yang selalu menjadi tumpuan lebah ini ialah pokok tualang, sepetir, simpoh dan kedondong.

Saiz tubuh lebah ini ialah dua kali lebih besar daripada Apis Cerana. Panjang Ratunya kira-kira 2 cm dan Lebah Pekerja 1.5 cm. Bilangan individu dianggarkan sebanyak 50,000 hingga 70,000. Lebah jenis ini amat garang dan mudah menyengat.

Lebah seperti inilah yang dicari-cari kerana ia menghasilkan madu yang banyak kira-kira 40kg - 50kg dan madunya lebih banyak khasiatnya berbanding dengan madu yang dihasilkan oleh lebah yang lain.

Penghargaan
     
 

Pokok Tualang sangat popular dan sering dikunjungi lebah bagi membina sarang khususnya lebah dari spesis Apis Dorsata (Lebah Hutan atau Lebah Tualang)
 
     
 
   
 
| Lebah Ternaka /Asia Tenggara (Apis Cerana) | Lebah Hutan/Tualang (Apis Dorsata) | Lebah Lalat |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024