CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Perubatan Tradisional : Bekam
- Berbekam atau Menghisap Darah
Mula 2-2 Akhir
Cara-Cara Berbekam
     
 

1.Mencukur rambut yang hendak dituris untuk dibekam.

2.Di bahagian belakang kepala pesakit selepas dicukur rambut seluas 6cm ataupun seluas mulut tanduk.

3.Tempat yang telah dicukur ditanda dengan tanduk sebelum ditores.

4.Kulit kepala dituris dengan pisau cukur sekurang-kurangnya 11 turisan. Setiap turisan itu sepanjang 1mm dan hanya untuk melukakan kulit kepala sahaja.

5.Kesan kulit kepala yang telah dituris.

6.Bomoh bekam sedang menghisap darah dari lubang kecil tanduk.

7.Lubang kecil di hujung tanduk itu di tutup dengan menggunakan tanah liat.


8.Bomoh bekam mengurut badan dan kepala pesakit supaya perjalanan darah berjalan dengan lancar.

9.Tanduk dibiarkan di kepala selama 15 minit.

10.Tanah liat digunakan untuk menutup di hujung tanduk dibuka semula untuk mengeluarkan udara yang terdapat di dalam tanduk.

11.Tanduk yang dibekam di kepala dicabut untuk mengeluarkan darah kotor yang telah disebut.

12.Darah yang terdapat di kulit kepala.

13.Darah yang terdapat di tanduk.

14.Darah kotor yang dikeluarkan diletakkan di dalam tempurung.

15.Tempat yang telah dibekam, disapukan minyak angin untuk memberhentikan darah keluar dari kepala.

16.Kepala yang telah selesai dibekam meninggalkan bekas-bekas turis

17.Peralatan-peralatan bekam :
tanduk lembu atau kerbau (16cm-25cm),gunting,pisau cukur,dawai,tempurung jantan yang tidak berlubang,tanah liat

 
     
 
   
 
| Berbekam atau Menghisap Darah | Cara-Cara Berbekam |
 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024