CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 2-19 Akhir
Jala

Sejenis alat menangkap ikan yang masih lagi digunakan sehingga sekarang di kampung-kampung untuk sara diri, hobi dan jarang bercorak komersial.

Selalunya saiz "jala" mengikut kesesuaian kegunaan individu. Saiz "jala" mengikut panjangnya iaitu panjang 7, panjang 9 dan ada yang panjang 12 mengikut kiraan kaki. "Jala" ikan bermata besar manakala "jala" udang bermata halus.

"Jala" diperbuat daripada benang yang kasar dan disirat dengan alat yang dinamakan "cuban" dan peregang yang diperbuat daripada buluh. Sesebuah "jala" mengambil masa sebulan atau dua bulan untuk menyiapkannya iaitu mengikut saiz dan yang panjang memerlukan masa yang lebih lagi.

"Jala" dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu tali, pucuk, badan, bahagian batu (samada batu timah atau batu besi) dan "kandit jala". Bahagian kandit inilah tempat ikan akan terperangkap semasa menjala.

Cara menggunakan "jala" ialah hujung tali yang bersambung di pucuk "jala" disarung di pergelangan tangan kemudian badan "jala" akan dibahagi tiga. Satu bahagian disangkut di siku tangan kanan, satu bahagian dipegang tangan kanan dan satu bahagian lagi dipegang oleh tangan kiri.

"Jala" ditebarkan mengikut teknik yang betul sekiranya tidak, "jala" tidak akan kembang. Ikan yang terperangkap di dalam "jala" dapat dirasai apabila ia membelah "jala". Kemudian "jala" akan dibiarkan terendam beberapa minit barulah diumbut perlahan-lahan naik ke atas. Setelah dinaikkan ke darat, "jala" akan dikirai untuk memudahkan mengeluarkan ikan.

Menjala boleh dilakukan di atas darat mahupun di atas perahu dan sesuai di tempat-tempat yang lapang, samada si persisiran pantai, sungai, kolam atau telaga, tali air dan sebagainya.

Cuba teka apakah bendanya, lagi dijahit semakin berlubang, lagi dijahit semakin berlubang?

Penghargaan
     
 

Jala



 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024