CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Alor Setar Dahulu dan Sekarang - Vol II
- Bangunan Lama
Mula 2-11 Akhir
Masjid Zahir

Bangunan Masjid Zahir terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu. Ianya digunakan untuk tujuan beribadah dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam seperti tilawatul Al-Quran, ceramah agama seperti kuliah subuh, kelas fardhu ain, kelas tauhid dan sebagainya.

Masjid ini telah mula dibina pada 11hb Mac 1912 bersamaan 22hb Rabiul Awal 1330, dan telah dirasmikan pada hari Jumaat, 15hb Oktober 1915 bersamaan 6 Zulhijjah 1333 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pembinaannya mengambil masa selama tiga tahun. Pada majlis perasmian, Tunku Mahmud (Adinda Al-Sultan) telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah berkenan mengimamkan solat Jumaat.

Masjid ini telah dibina dengan daya usaha Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar dan bertentangan dengan Balai Besar. Dari segi reka bentuknya, seperti juga masjid-masjid yang terawal yang lain iaitu mempunyai empat bentuk kubah. Di bahagian dinding atas diwujudkan lubang-lubang kecil berbentuk gerbang untuk tujuan pengudaraan. Pembinaan pintu gerbang yang juga mengekalkan bentuk "arch" ini mewujudkan satu suasana yang lebih harmoni serta menambahkan lagi kecantikan masjid tersebut. Keseimbangan dalam reka bentuknya membayangkan Masjid Zahir ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk senibina yang menarik. Selain itu, Masjid Zahir juga merupakan masjid yang tertua di Negeri Kedah dan tercantik dari aspek reka bentuk binaannya di Malaysia.

Pemandangan Masjid Zahir yang kini telah dikelilingi oleh bangunan-bangunan moden seperti Pasaraya Sentosa, menampakkan gabungan dua zaman yang boleh digabungkan dalam arus pembangunan moden.

Penghargaan
     
 

Kelihatan orang ramai menyaksikan Replika Mahkota Ratu Elizabeth di sekitar tahun 1950an. Kini, pemandangan Masjid Zahir berwajah baru dengan di kelilingi bangunan-bangunan baru.

 
     
 
   
 
| Balai Seni Negeri | Masjid Zahir | Perkarangan Masjid Zahir | Maktab Mahmud | Madrasah Amanatul-Muslimin | Pekan Melayu Dan Pekan Cina | Majlis Perbandaran Kota Setar | Wisma Negeri | Balai Polis & Pejabat Pos | Jalan Raja | Hospital Alor Setar & OCBC |
 
 
   
 
 
     
 
     
23 January 2019