CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Pengangkutan
- Sejarah Pengangkutan
Mula 1-5 Akhir
Pengangkutan Darat

Pengangkutan darat merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia. Sistem pengangkutan darat di Malaysia meningkat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Pengangkutan darat di Malaysia berkait rapat dengan keadaan muka bumi. Pada zaman dahulu, orang berjalan kaki untuk pergi menguruskan segala urusan seharian mereka. Mereka akan membuat laluan untuk ke sungai-sungai atau ke mana-mana sahaja. Akhirnya laluan tersebut terhasil. Laluan tersebut dikenali dengan nama jalan denai. Laluan denai ini bukan setakat dilalui oleh pejalan kaki tetapi juga dilalui oleh binatang. Orang zaman dahulu menggunakan binatang sebagai alat pengangkutan mereka. Binatang-binatang dipelihara dan digunakan untuk mengangkut barang-barang. Binatang-binatang tersebut ialah gajah, lembu, kuda dan kerbau. Bagaimanapun bagi mengurangkan beban yang terpaksa di bawa, terhasil beberapa sistem pengangkutan darat yang terawal sehinggalah kini. Antaranya ialah:

  1. Menggunakan tenaga
  2. Roda
  3. Haiwan tunggangan
  4. Gabungan binatang dan roda
  5. Enjin

Tanah Melayu mula membangun dengan berkembangnya kegiatan ekonomi. Kerja-kerja membaiki jalan darat dilakukan dalam tahun 1870an. Bermula dari situ jalan denai menjadi jalan yang penting. Apabila kawasan lombong bijih banyak dibuka, lebih banyak kenderaan diperlukan untuk membawa hasil tersebut dari kawasan lombong ke stesen kereta api. Semasa pemerintahan kerajaan Inggeris, jalan raya dibaiki. Tuan punya ladang-ladang getah dan kelapa sawit telah berusaha membaiki jalan raya di ladang-ladang mereka. Banyak tempat perhentian dari ladang-ladang dan stesen-stesen kereta api dibina. Lama-kelamaan wujud pusat perhentian dari ladang.

 
   
 
| Pengangkutan Darat | Sejarah Pengangkutan Kereta Api | Sejarah dan Perkembangan Penerbangan Malaysia | Sejarah Awal Penubuhan lapangan Terbang Di kedah | Sejarah Pengangkutan Air |
 
 
   
 
 
     
 
     
28 March 2024