CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Peralatan Muzik Melayu Tradisional
- Kategori Alat-Alat Muzik Melayu Tradisi
Mula 1-4 Akhir
Kordofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "tali" yang diregangkan.

Contohnya : gambus,sape,rebab, sundatang

 
Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
   
Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Sape mempunyai empat utas tali
   
Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama “anak umbang” di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut “main peteri”. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai “menghadap rebab”.
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.
   
 
     
 
   
 
| Kordofon | Idiofon | Membranofon | Erofon |
 
 
   
 
 
     
 
     
19 April 2024