CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Adat Persawahan Di Negeri Kedah
Mula 1-25 Akhir
Adat Persawahan

Sesungguhnya menulis perkara-perkara yang seumpama ini memanglah susah sedikit. Pertama kerana cara dan upacara-upacara untuk mengisi adat ini kedapatan berlainan antara seorang dengan seorang, masing-masing mengikut petua yang tersendiri. Kedua, kerana ilmu persawahan seperti ilmu-ilmu lain juga sangatlah dicemburui kalau tidak kepada anak sendiri atau sesiapa yang dikasihi lagi dipercayai, tidaklah diceritakan. Ketiga, kerana tidak semua orang yang bersawah ada dan mengamalkan adat itu lebih-lebih lagi dalam masyarakat hari ini yang kebanyakannya telah tidak memakai adat itu sepenuhnya.

Kita terpaksa mencari orang-orang tua. Tetapi malangnya tidak semua mereka dapat menolong kita kerana tidak semua mereka mengetahui hal yang kita kehendaki itu. Lagi pula tidak semua yang mengetahui hal itu mahu memberi segala apa yang dia tahu. Namun begitu, oleh sebab pada dasarnya faham dan kepercayaan orang tua kita itu sama, tentu sama pulalah pekerjaan mereka dalam mengisi adat itu dasarnya.

 
   
 
| Adat Persawahan | Piama (musim) bendang | Masa turun ke bendang | Kayu tenggala | Turun ke bendang | Piama menabur | Bintang Ketika (Bintang Thuraiya) | Padi Benih | Memilih padi benih | Menabur | Persiapan menabur | Upacara menabur | Mencabut semai dan menanam | Menanam | Memelihara pokok padi | Umur padi | Mengerat | Mengambil semangat padi | Semangat padi | Memukul, mengurai dan menyimpan | Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang | Menggiau dan mengirik | Berpantun | Permainan-permainan lain | Melanggar dan Pupuh |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024