CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penangkapan Ikan Air Tawar Cara Tradisional
- Alat Penangkapan IkanTradisional
Mula 1-19 Akhir
Serkap

Ianya merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu tradisional yang terdapat dalam berbagai-bagai jenis. Antaranya ialah "Serkap Perlis", "Serkap Banjar" dan "Serkap Kedah".

"Serkap" lazimnya diperbuat daripada buluh, rotan dan akar. Buluh yang biasa digunakan ialah buluh duri dan buluh tela manakala akar yang biasa digunakan ialah akar pukang dan rotan biasa. Serkap biasanya digunakan pada musim membajak sawah. Mereka akan menurut di belakang tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau semasa membajak. Kini diturut di belakang traktor atau kubota.

"Serkap" digunakan dengan cara direjam ke dalam air dengan cara berulang kali, apabila terasa kocakan ikan membelah dinding serkap di dalam air, ini menunjukkan ikan telah mengena. "Serkap" akan ditekan dengan lebih kuat ke dalam supaya ikan yang berada di dalam "serkap" tidak akan keluar, kemudian ikan akan digagau dengan tangan melalui "mulut serkap" dengan berhati-hati agar tidak disengat ikan yang berduri seperti ikan keli.

"Serkap" juga dijadikan model oleh orang-orang tua dahulu untuk menyalur atau melahirkan pemikiran. "Serkap" pada lahirnya merupakan "penangkap rezeki" menjadi luas maknanya dalam masyarakat tradisional. Terdapat rangkap pantun berkait yang dipusakakan oleh nenek moyang tentang "serkap".

Antaranya:

Sungguh rendang pohon kuini
     Langsai buahnya dilahap orang
Menuduh orang tiada bukti
     Bagai mengguna "serkap jarang"

Langsai buahnya dilahap orang
     Biji ditabur merata tempat
Bagai mengguna "serkap jarang"
     Peluh mengucur laba tak dapat.

Ada juga dipantunkan oleh orang tua kita zaman dahulu:

"Serkap" ikan di tengah bendang
     Dapat keli bisa sengatnya
Cakap tuan biarlah terang
     Tidak kami terpinga-pinga

"Serkap" kini telah dimajukan dan dijadikan sebagai bahan hiasan kraftangan dalam saiz yang kecil.

Penghargaan
     
 

Serkap Perlis

Serkap Banjar

Serkap Kedah


 
     
 
   
 
| Serkap | Jala | Tangkul | Bubu Tempang | Bubu | Ran Candik | Menimba | Jut | Belat | Memancing | Sempila | Taut | Penyauk | Tiruk Dan Serampang | Mengelau | Raga Telur Buaya | Raga Kok | Raga Batang | Masakan Ikan Darat |
 
 
   
 
 
     
 
     
28 March 2024