CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Pengangkutan
- Galeri Gambar
Mula 1-1 Akhir

     
 

Sebelum kedatangan kenderaan bermotor, jalan-jalan di negara kita hanyalah lorong-lorong kecil dan denai-denai.

Anok – digunakan untuk mengangkut guni padi.

Lakaran gambar menunjukan bagaimana anok diikat pada lembu, kemudian diletakkan guni padi. Kekuatan lembu inilah digunakan oleh para petani untuk mengangkut guni padi menggunakan anok.


Kereta kerbau yang digunakan di sekitar tahun 1940an untuk mengangkut guni padi oleh para petani.


Perubahan terus berlaku apabila manusia membuat perubahan yang paling nyata apabila menggabungkan haiwan peliharaan seperti kuda, lembu dan gajah pada sebuah kerangka seperti kereta lembu yang mempunyai tayar yang dikenali sebagai kereta lembu. Kereta lembu dikatakan sebagai pelopor kepada kenderaan masa kini.


Kereta lembu merupakan warisan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan. Diperkenalkan semenjak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke -15 oleh saudagar-saudagar India yang berhijrah ke Melaka. Kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu badan, roda, balak dan kajang. Pada zaman dahulu, muatan akan diisi pada watu petang dan perjalanan bermula pada waktu subuh. Lembu yang sihat dan kuat akan menarik muatan yang penuh sejauh 8 km dalam masa satu setengah jam.


Kereta kuda ini telah digunakan pertama kali oleh seorang Cina Melaka pada tahun 1910. Kenderaan ini telah digunakan untuk membawa penumpang dengan menggunakan tambang lima sen sebatu (1.6 km) hingga tahun 1955.

Kereta kuda hanya mampu dimiliki oleh orang Inggeris pada masa dahulu di Tanah Melayu.

Gambar menunjukan kereta kuda yang digunakan untuk membawa penumpang pada masa dahulu.


Lanca yang digunakan oleh golongan istana.

Gambar menunjukan lanca yang ditarik oleh seorang yang gagah dan kuat.

Lanca biasanya digunakan oleh golongan hartawan. Ia boleh dinaiki seorang penumpang sahaja dengan ditarik oleh seorang yang gagah untuk bersiar-siar atau membeli belah.

Satu lagi bentuk kereta kuda yang digunakan untuk mengangkut penumpang pada masa dahulu.

Gambar pemandangan Pekan Melayu - menunjukan penggunaan lanca di sekitar tahun 1905.

Beca roda tiga, kusyennya diperbuat daripada sabut kelapa dan dilengkapi dengan penyandar. Beca digunakan untuk membawa dua penumpang dewasa dan seorang atau dua orang kanak-kanak. Bumbungnya diperbuat daripada kanvas yang boleh dibuka atau ditutup mengikut keperluan. Beca masih lagi digunakan di sekitar bandar Alor Setar untuk jarak terdekat 3 km.

Pemandangan Pekan Alor Setar dalam tahun 1940an – menunjukan penggunaan beca roda tiga.

Pada zaman dahulu, beca merupakan kenderaan kecil yang sangat popular. Kini, penggunaan beca semakin pupus. Terdapat sebilangan kecil sahaja pengguna yang masih menggunakannya untuk tujuan tertentu.

Basikal atau lebih dikenali sebagai “Gherek Tua” digunakan sekitar tahun 1960an. Basikal adalah ciptaan untuk pengangkutan mekanikal yang paling berkesan. Tidak perlu diisi minyak, mudah ditunggang dan hanya perlukan sedikit perniagaan. Rekabentuk basikal telah kekal seperti asalnya, tanpa banyak perubahan sejak dicipta satu abad dahulu.

Penggunaan basikal di sekitar tahun 1900 – YTM Tunku Abdul Aziz (Raja Muda) berbasikal bersama rakan sejawat melawat kawasan Alor Setar.

Basikal yang digunakan oleh posmen untuk menghantar surat – digunakan sekitar tahun 1950an.

Kereta “Austin Seven” ini merupakan siri terpenting yang direkacipta oleh Sir Herbert Austin di antara tahun 1933 hingg 1939. Kenderaan ini dikatakan yang terbaik dalam sirinya dan merupakan satu dari 27,280 buah kereta yang dikeluarkan pada tahun 1935. kereta ini dihadiahkan kepada Muzium Negara oleh seorang awam sebagai sumbangan dan kenangan sejarah pengangkutan yang pernah digunakan di Malaysia pada suatu masa dahulu.

Rolls-Royce adalah motokar pertama yang dikeluarkan Britain pada tahun 1909. Kereta ini mempunyai rekabentuk yang panjang dan mampat. Kereta yang digunakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Akhir sekali, kereta ini digunakan sebagai kereta khas untuk membawa Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Istana Negara untuk menyerahkan surat tauliah mereka kepada Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong sebelum diserahkan kepada Muzium Negara oleh Jabatan Kerja Raya.

Jerman telah menghasilkan motokar Volkswagen (VW) pada tahun 1938. Motokar tersebut lebih kecil daripada motokar buatan Perancis. Gambar menunjukan Volkswagen yang cukup popular di Malaysia sekitar tahun 1960an, masih lagi digunakan oleh pemiliknya.

Proton Saga kereta Nasional Malaysia kelas 1.3 liter dibuat diperingkat pengeluaran ujian merupakan kereta pertama di antara 30 buah kereta yang telah dikeluarkan. Kereta ini telah disiapkan pada hari Khamis 18 April 1985 jam 2.30 petang.

Kereta Bomba jenis Dennis RR-B80-50A No. BE 3842 ini telah digunakan dari tahun 1958 hingga 1981 oleh Perkhidmatan Bomba, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan telah dihadiahkan kepada Muzium Negara. Ia merupakan salah sebuah daripada beberapa kereta bomba yang tertua pernah digunakan di negara ini sehingga digantikan dengan kereta yang lebih canggih.

Kereta Bomba Kedah K 6254 telah digunakan pada tahun 1930an oleh Perkhidmatan Bomba Kedah diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah oleh Jabatan Bomba Kedah.

Kenderaan awam suatu ketika dahulu, kini penggunaan bas dapat mengangkut lebih ramai penumpang dan dengan itu memberi khidmat pengangkutan dalam bandar secara lebih berkesan.

Gambar menunjukan kenderaan sekolah memandu, yang digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk ujian memandu sekitar tahun 1960an.

Motosikal jenis Honda C70 masih lagi digunakan oleh pemiliknya yang dikeluarkan sekitar tahun 1960an.


Lambretta yang digunakan sekitar tahun 1960an agak popular di kalangan muda mudi zaman itu.

Lokomotif Wap (No. 32101) – Lokomotif kelas "T" ini adalah satu dari lima enjin bertangki kecil yang dibina oleh W.G. Bagnall Limited of England dalam tahun 1927. Lokomotif-lokomotif tersebut dengan "PlatesFrame" dan gerabak kuda merupakan enjin-enjin yang pertama buatan British yang mempunyai tempat membakar yang dibuat dari besi (Steel Fireboxes) dan merupakan yang pertama juga di bawa masuk untuk kegunaan kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1929. Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatan pelabuhan dan telah berpengkalan di Singapura dan Port Swettenham (sekarang Pelabuhan Kelang) sehingga tahun 1964. Berat keseluruhannya ialah 31 tan dengan 1 ˝ tan minyak dan 750 gelen air.


Lokomotif Wap (No.53101) – Lokomotif ini telah mula digunakan dalam tahun 1921 oleh kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan ianya berharga RM 121,600.00. Dalam bulan November 1969 perkhidmatannya diberhentikan di landasan kereta api besar pantai timur di Kelantan. Ianya telah meliputi perjalanan sejauh lebih kurang 1 ˝ juta batu. Dibuat oleh Kitson & Co. , England.

Sejarah pembinaan jalan kereta api di Kedah telah mengalami satu proses yang agak unik dan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Stesen Kereta Api Alor Setar dibuka pada tahun 1915.

Koc Kereta Api Bukit Bendera Pulau Pinang yang merupakan satu-satunya jenis pengangkutan yang terdapat di Asia Tenggara; direka dan dikeluarkan oleh Syarikat Swiss. Koc ini digunakan pada 21 Disember hingga Disember 1977 apabila digantikan dengan koc yang moden dan lebih besar. Koc ini boleh membawa 50 orang penumpang. Berat badan tanpa muatan ialah 7 ˝ tan dan boleh membawa muatan sebanyak 2 ˝ tan.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dibuat di tengah-tengah sawah di Kepala Batas, 14 km dari pusat bandar dalam tahun 1927 oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, membolehkan kapal-kapal terbang jenis DC2 dan lain-lain pesawat besar singgah di sini, kerajan telah menambak dan menurap dengan aspal satu landasan selebar 60 kaki dan panjang 900 ela dalam tahun 1935.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Royal Air Foce (RAF) menyerahkan lapangan terbang Alor Setar kepada kerajaan Malaysia. Selepas itu kapal terbang Malaysia Airways (MSA) membuat penerbangan di lapangan terbang Sultan Abdul Halim.


Pangkalan kapal Alor Setar – menunjukan Titi Wan Muhammad Saman dan Pangkalan Pekan Melayu dan tempat ini dibina Titi Sultan Badlishah. Menunjukan penggunaan kapal semakin popular di kalangan pedagang-pedagang.

Tradisi perhubungan laut yang menggunakan perahu besar kian pupus dan begitu juga jenis perahu lain yang digunakan sebagai alat mata pencarian. Ini adalah disebabkan keadaan kemajuan teknologi yang lebih maju telah mempengaruhi kehidupan masyarakat dan mata pencarian mereka. Kemajuan ini sedikit demi sedikit mempengaruhi bentuk-bentuk perahu tradisional kepada bentuk-bentuk moden. Antara jenis-jenis perahu yang masih boleh didapati adalah Perahu Bedar.


Perahu Payang (Kolek) – perahu jenis besar dan digunakan untuk menangkap ikan, bentuk di bahagian bawahnya berbentuk “U” di mana ianya biasa digunakan di sungai-sungai. Oleh kerana bentuk bahagian bawahnya demikian, ianya digunakan untuk membawa barang-barang dan juga sebagai alat pengangkutan.

Perahu Setok – berbentuk muncung itik dan ia biasanya digunakan di sungai untuk membawa barang-barang dan juga sebagai alat pengangkutan. Perahu jenis kecil ini biasanya boleh memuatkan 6-7 orang.


Pada masa dahulu, perahu digunakan untuk mengangkut barang-barang dagangan seperti sayur-sayuran, beras, ikan dan sebagainya dari satu tempat ke satu tempat lain yang berdekatan. Gambar menunjukan bentuk perahu Besar.

Perahu Purba (Perahu Sagor) – perahu yang dikenali sebagai “Tok Ketupat” yang ditemui tertimbus sedalam 4 m ke dasar tanah di tebing Sungai Muda, Kg, Pantai Edau, Mukim Sidam Kiri, Daerah Kuala Muda. Perahu dipercayai ditimbau dalam kurun ke-16 atau 17 M dari dasar sebatang kayu Merbau. Dianggarkan terbiar 100 tahun. Kayunya masih kuat dan baik kecuali beberapa rekahan kecil. Ditemui oleh Encik Yaakub Bin Salleh pada tahun 1977.

Satu barisan kehormat di atas kapal Kompeni Inggeris sewaktu tibanya Sir W.G. Maxwell di Pangkalan Kapal, Alor Setar. Beliau disambut oleh YTM Tunku Mahmud. Menunjukkan penggunaan pengangkutan laut sudah penting pada masa dahulu untuk para pedagang dan pelawat Inggeris.

Perahu penambang merupakan salah satu pengangkutan air yang cukup penting dan popular satu masa dahulu. Sehingga sekarang ia masih diminati penduduk Kampung Suka Menanti, Alor Setar, walaupun kemudahan jambatan disediakan. Setiap penumpang dikenakan bayaran 20 sen untuk memintas jalan terdekat dengan menggunakan perahu penambang.

Gambar menunjukan penggunaan sampan dan perahu di sekitar tahun 1960an.


Kapal Terbang Jet Tebuan yang digunakan pada tahun 1946.


Kereta perisai yang digunakan pada tahun 1940an.
 
     
 
 
   
 
 
     
 
     
18 April 2024