CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Nira Nipah
- Cara-Cara Menghasilkan Nira
Mula 1-1 Akhir
Cara Menghasilkan Nira
Bibliografi
Penghargaan
     
 

Pokok nipah tembaga :-
Pokok nipah tembaga mempunyai tangkai yang sederhana, pelepah dan perdu serta batang sederhana besar dan jangka hayatnya selama 2 bulan sering kali digunakan untuk mendapat air nira.

Pokok nipah yang hidup berumpun-rumpun. Palma ini mempunyai batang sulur bawah tanah. Ia hidup di kawasan berpaya, lembah dan berlumpur.

Bunga nipah keluar di celah-celah pelepahnya. Bunganya bergugus di hujung tangkai dan menghasilkan buah.

Pokok nipah yang mempunyai buah nipah yang menegak tidak boleh digunakan.


Buah nipah berbentuk seperti baji. Struktur buahnya sama seperti buah kelapa. Buah ini ada sabut, tempurung, isi dan air. Isi buah yang muda boleh dimakan .

Sedang memilih pokok nipah yang sesuai untuk mendapatkan air nira.

Batang dan pelepah pokok nipah dibuang kulit pelepah.

Setelah memilih pokok yang benar-benar sesuai, barulah batang dan pelepahnya dicuci serta dibuangkan kulit pelepah dengan parang agar pelepah tadi tidak menjadi buruk dan dihindari serangga.

Kemudian barulah boleh dilurut dengan bermula daripada tengah, ke kiri dan ke kanan selama 2 minggu barulah diangkat buah atau pangkal ke sebelah agar urat dan air nira dapat mengalir dengan banyak.


Tangkai yang sudah melentur dan jatuh ke bawah.

Buah nipah dialihkan ke bahagian berlawanan untuk memudahkan air nira mengalir lebih banyak.

Setelah memastikan batang nipah betul-betul melendur.

Setelah melurut selama seminggu baru disapukan dengan tanah liat.

Kemudian pelepah tadi disalut dengan tanah liat dan dibiarkan selama 3 hari supaya tidak terluka serta membetulkan kedudukan mayang serta buah dengan betul.

Tangkai pokok nipah diurut daripada tengah ke kiri dan ke kanan agar memudahkan pengaliran air nira.

Satu lagi dengan cara mengetuk di pangkal secara perlahan-lahan daripada kiri ke kanan selama 3 kali. Jika terlebih daripada 3 bulan pelepah tersebut menjadi rosak.

Setelah diketuk selama 3 hari dan dibiarkan pula selama 2 minggu.


Setelah itu barulah boleh dipangkas pokok nipah dengan mengggunakan pisau dengan cara tangan kiri memegang perdu nipah dan tangan kanan memegang pisau dengan kedudukan mata pisau daripada bawah ke atas.

Setelah itu pada minggu pertama, batang pelepah hendaklah diurut 1 kali, minggu kedua pula diurut 2 kali dan minggu ketiga serta minggu keempat pula sebanyak 3 kali pada setiap pertengahan bulan dan dipangkas sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Kemudian pokok tersebut akan dipangkas sekali lagi pada minggu ke 3 untuk mendapatkan air nira yang banyak dan untuk tahan lebih lama dibiarkan lagi lebih daripada 3 hari.

Setelah itu barulah dimasukkan pula botol atau tukay (bekas untuk menadah air nira).

Tukay (bekas untuk menadah air nira) dimasukkan ke dalam batang pelepah pokok nipah.


Kemudian barulah ditutup dan diikatkan dengan plastik dan getah agar tidak dihinggapi oleh sebarang jenis serangga.

Kemudian air nira yang dihimpun di dalam botol atau tukay ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bekas (proses mengutip air nira).

 
     
 
 
   
 
 
     
 
     
19 January 2022