CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Bola Sepak Kedah
- Galeri Gambar
Mula 1-1 Akhir

     
 

Logo Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah

Pasukan Kedah melawan pelawat dari sebuah kapal perang Inggeris di Alor Star pada tahun 1930. Kedah menang 5-0.

Pasukan Kedah melawan undangan Singapura di Alor Star tahun 1938. Kedah kalah 1-2. Dolfatah duduk nombor 3 dari kanan.

Pasukan Kedah tahun 1940 yang memasuki pertandingan akhir di Singapura.

Pasukan Sungai Petani Cresent menjadi johan liga 1946.

Pasukan Bolasepak GES yang menjadi johan Liga KFA pada tahun 1946, 1947, 1949 dan 1950.

Pasukan Melayu Kedah melawan Melayu Pulau Pinang di Pulau Pinang.

Pasukan Kedah dan Singapura dalam perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja Melayu pada tahun 1948 di padang TPC Kuala Lumpur.

Pasukan Kedah yang memenangi Piala Emas Raja-Raja Melayu pada tahun 1948 mengalahkan Singapura.


Pasukan Piala Malaya Kedah melawan Pulau Pinang pada tahun 1948.

Pasukan Kedah melawan Perak pada tahun 1949 di Kejohanan Piala Emas di padang T.C.P.A.

Pasukan Kedah melawan Singapura pada tahun 1949, Kedah menjadi johan Piala Emas.

Pasukan Kedah melawan Selangor dalam pertandingan Piala Malaya di padang KFA.

Pasukan Kedah melawan Belanda di SKC Sungai Korok pada tahun 1950.

Pasukan Melayu Kedah melawan Melayu Perak di padang KFA pada tahun 1950.

Pasukan Kedah melawan Pulau Pinang ( Piala Malaya ) di padang KFA pada tahun 1950.

Pasukan Kedah melawan Combined Services di padang KFA pada tahun 1951.

Pasukan Kedah melawan R.A.F ( Malaya ) di padang KFA pada 21-9-1951. Keputusan R.A.F menang 2-1.

Pasukan Kedah melawan Pulau Pinang ( berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 ) dalam pertandingan Piala FAM Cup Fun Soocer pada 2-10-1951 di padang KFA.

Pasukan Kedah bertemu Kelantan dalam pertandingan Piala FAM pada 21-12-1951 di padang KFA. Kedah menang 3-1.

Pasukan Kedah melawan Medan Police di padang KFA pada 13-4-1952. Keputusan Medan Police menang 4-1.

Kedah Indo-Malays melawan Ryan Cymkhana Indian Tourist sempena Piala Mahatma Ghandi Memorial Building Fund Soocer di Sungai Petani pada tahun 1952.

Pasukan Sungai Korok Youth melawan Kedah di padang KFA.

Pasukan pilihan Kedah pada tahun 1956.

Pasukan Kedah dan Kelantan dalam pertandingan Piala Malaya tahun 1957.

Pasukan Kedah melawan Gymkhana, India (0-1) di Sungai Petani pada tahun 1956.

Barisan pemain Kedah pada tahun 1960. ( kelihatan Tuan Syed Hood berdiri paling kiri ).

Pasukan Kedah yang berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun 1988.

Pasukan Kedah yang menjadi naib juara Piala Malaysia tahun 1988.

Barisan pemain Kedah tahun 1993 yang telah berjaya memenangi kejuaraan berganda.

Penaung skuad hijau kuning. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah DK(Pahang), DK(Selangor), DK(Perlis), DK(Negeri Sembilan), DK(Johor), DK(Terengganu), DK(Perak), DP(Sarawak), DUNM.,SPMK.,SSDK.,DHMS., Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Datuk Seri Sanusi Junid, presiden PBK tahun 1996 hingga kini.( kelihatan di gambar Datuk Seri Sanusi Junid menjulang piala FA yang dimenangi Kedah selepas menundukkan Sarawak 1-0 pada tahun 1966 ).

Datuk Paduka Haji Ahmad Basri Mohd Akil merupakan Tokoh Pembangunan Bola Sepak Kedah Darul Aman. Menjadi pengurus Kedah tahun 1985-1996.

Dato' Syed Azizan Al-Idrus dilantik menjadi pengurus pasukan Kedah menggantikan Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada tahun 1997 hingga kini.

Tuan Haji Ahmad Shafie menjadi jurulatih Kedah tahun 1987 dan seterusnya membawa Kedah ke perlawanan akhir tahun 1987 dan 1988. Pada tahun 1991 Ahman Shafie telah menjadi jurulatih Kedah kembali tetapi pasukan Kedah gagal dan jatuh ke Divisyen 2.

Milous Kvacek jurulatih import Kedah yang pertama dapat meraih kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1990. Beliau menjadi jurulatih Kedah pada tahun 1989-1990.

Robert Rene Albert jurulatih import Kedah yang telah menyambung tradisi kejuaraan skuad Kedah selepas Milous Kvacek. Beliau menjadi jurulatih dari tahun 1992-1995.

Mosthakeen Omar menjadi jurulatih Kedah tahun 1996 hingga kini.

Eric Amsler pemain import Kedah yang pertama pada tahun 1989.

Rincic Bratislav pemain import Kedah pada tahun 1989-1990 yang memenangi anugerah pemain terbaik Kedah tahun 1989 oleh peminat melalui majalah Kick-Off Hijau Kuning.

V.Sundram Moorty pemain import Kedah tahun 1989-1990 yang menyerlah.

Goran Stankovich pemain import Kedah 1990.

Peter Nieketien banyak membantu kejayaan Kedah pada tahun 1992-1993.

Tibor Szaban pemain import Kedah tahun 1992-1994, seorang pemain yang gigih dan dedikasi.

Jan Janostak pemain import Kedah tahun 1994.

Tony Gaspareto pemain import Kedah tahun 1995, persembahan beliau kurang menyerlah akibat kecederaan.

Philippe N' Dioro pemain import Kedah tahun 1995 menggantikan Tony Gaspareto.

Trio pemain import Kedah 1997 dari kiri ,Kane Mamadou,Carlos Roberio dan Andre Luis Nascimento.
 
     
 
 
   
 
 
     
 
     
24 November 2014