CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Wau
- Cara-Cara Membuat Wau
Mula 1-1 Akhir
   

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang.

Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.

Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-dua belah kiri dan kanan.

Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.

     
 

1.Pokok buluh duri yang selalunya digunakan untuk membuat wau.

2.Buluh terlebih dahulu dipilih bagi mendapatkan yang sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah.

3.Buluh terlebih dahulu diukur dengan ukuran seperti yang dikehendaki sebelum ianya dipotong.

4.Buluh dipotong mengikut ukuran yang dipilih untuk dibuat sayap, tulang belakang dan bahagian-bahagian yang lain.

5.Kemahiran membelah buluh cara lama yang selalunya dilakukan oleh pembuat wau yang mahir dan berpengalaman.

6.Buluh dibelah dengan teliti supaya sama besar dan mudah diraut.

7.Belahan buluh diasingkan megikut keperluan sama ada untuk dibuat sayap atau tulang belakang.

8.Belahan buluh seterusnya dicuci daripada buku buluh.

9.Bahagian tulang belakang dibelah mengikut ukuran yang dikehendaki dan bersesuaian dengan sayap.

10.Penyediaan tulang belakang supaya lebih sempurna antara bahagian kepala dan bahagian ekor

11.Bahagian sayap mestilah sama panjang antara kiri dan kanan

12.Buluh sayap yang telah diraut terlebih dahulu diukur menjadi dua bahagian sama panjang.

13.Bahagian sayap mula diraut dengan pisau yang tajam bagi mendapatkan bilah buluh yang lebih halus dan mudah diliut.

14.Dari semasa ke semasa bahagian sayap diliut-liut untuk mendapatkan bentuk yang sempurna.

15.Bahagian sayap yang telah siap diraut di timbang dengan jari atau mata pisau supaya sama timbang di antara kiri dan kanan.

16.Bilah buluh di bahagian ekor juga diliut-liut sebelum ianya diikat bersama dengan tulang belakang.

17.Bilah buluh di bahagian ekor dibentuk bersama-sama dengan tulang belakang terlebih dahulu sebelum ianya diikat dengan benang atau tali.

18.Penyediaan dan ikatan bahagian sayap dengan bahagian ekor.

19.Cara membuat ikatan untuk bahagian-bahagian rangka wau.

20.Bahagian ekor diliut dan dibentuk supaya sama lekok seperti yang dikehendaki.

21.Bahagian rangka wau bulan yang hampir siap.

22.Kerja-kerja mengikat rangka wau bulan iaitu bahagian sayap, tulang belakang dan bahagian ekor.

23.Rangka wau kucing yang telah siap.

24.Kerja-kerja meraut daun ibus untuk dibuat dengung atau busur wau.

25.Inas, iaitu bahagian hujung dengung wau yang digunakan untuk mengikat dan menarik daun ibus supaya menjadi tegang bagi mendapatkan bunyi yang baik dan nyaring.


26.Beberapa bilah busur (dengung) wau yang telah siap. Biasanya busur ini akan dilekatkan di bahagian leher wau.

27.Wau ditimbang terlebih dahulu sebelum dinaikkan supaya bahagian kepala dan sayap menjadi sama timbang. Ini bagi mengelakkan daripada wau menjadi berpusing.


28.Penyediaan teraju wau (benang yang diikat pada bahagian leher dan pinggang wau) yang sempurna adalah penting sebelum sesebuah wau itu diterbangkan. Ini akan mempengaruhi kedudukkan wau supaya terbang dengan baik.

29.Wau bulan dan wau kucing yang telah siap diikat dengan teraju.

30.Menaikkan wau mestilah dalam keadaan yang bertentangan dengan arah tiupan angin dan wau mestilah dalam keadaan tegak.


31.Wau mula diterbangkan ke udara.

32.Imbangan sayap, ekor dan teraju wau akan menjadi sesebuah wau itu terbang dengan sempurna dan terapung-apung di udara.

33.Di antara peralatan-peralatan yang digunakan untuk membuat wau.
 
     
 
 
   
 
 
     
 
     
03 September 2014