CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Peralatan Muzik Melayu Tradisional
- Nobat
Mula 1-1 Akhir

Nobat merupakan muzik klasik istana yang ekslusif. Pada ketika ini, nobat terdapat di Kedah, Perlis dan Terengganu. Sebagai satu tradisi, nobat mengiringi sebilangan istiadat diraja seperti istiadat pertabalan, hari keputraan sultan, perkahwinan diraja, istiadat berkhatan diraja dan upacara sambutan diraja.

Nobat Diraja Kedah adalah satu sejarah tempatan yang masyur pada masa dahulu. Menurut suatu riwayat orang tua-tua dahulu, lebih kurang 800 tahun dahulu pada zaman Almarhum Sultan Muhammad Shah yang pertama di atas takhta Kerajaan Kedah bersama dengan saudara paduka adindanya bernama Tuanku Muhammad Jiwa. Maka Tuanku Muhammad Jiwa telah keluar negeri melawat ke negara India dengan menyamar sebagai fakir atau peminta sedekah. Tujuannya berbuat demikian ialah untuk mencari pengalaman dan secara tidak langsung Tuanku Muhammad Jiwa mengambil siasah segala adat resam istiadat negara itu mengadakan keramaian. Terlihat oleh baginda satu kumpulan yang bermain alat bunyi-bunyian. Baginda begitu tertarik hati mendengar dan terus bertanya kepada ketua kumpulan itu apakah nama bunyian itu lalu ketua tersebut menjawab iaitu Nobat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan Maharaja Hindustan. Tuanku Muhammad Jiwa pulang ke Kedah dan menubuhkan atau mengadakan apa yang dikatakan Nobat yang ada pada hari ini.

Nobat dalam bahasa Sanskrit bererti sembilan, jadi Nobat yang dipermainkan itu juga terdapat sembilan jenis alat-alat bunyian iaitu :

  1. Nahara
  2. Dua Gendang Besar
  3. Satu Gong
  4. Satu Nafiri
  5. Dua Serunai - satu berbunyi lagu dan satu lagi berbunyi lurus sahaja.
  6. Dua Ceng-Ceng daripada tembaga - satu kecil dan satu besar.

Permintaan Tuanku Muhammad Jiwa itu diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Pada ketika itu baginda memerintahkan supaya Nobat disiapkan untuk menjadi alat kebesaran dan kemuliaan sultan dan kerabat-kerabat sultan.

Dalam sembilan jenis bunyian itu dipotong atau ditinggalkan tiga jenis daripada jumlah yang sembilan tadi. Ini disebabkan bunyi ketiga-tiga alat tadi berentakkan ala-Hindu. Tujuan sebenar bunyi itu diubahsuaikan ialah supaya ia lebih ke arah kemelayuan.

Bibliografi
Penghargaan
 
Balai Nobat
Tempat di mana Nobat selalu dimainkan ialah di Balai Nobat yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Tinggi dan Wisma Negeri di tengah-tengah bandar Alor Setar. Bangunan ini dibina dalam tahun 1912 atau 1913 menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat daripada kayu dan berbumbungkan zink.
Balai Nobat
   
Serunai
Alat tiupan yang hampir sama dengan serunai yang digunakan dalam wayang kulit, gendang keling dan mekmulung. Cuma bentuknya sahaja yang berbeza. Dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pipit, mali, batang dan kecopong.
Serunai
   
Nafiri
Alat tiupan horn yang mengeluarkan bunyi yang sayup lagi menggerunkan dan diperbuat daripada perak.
Nafiri
   
 
     
 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024